Bola Sepak

“Peluang Hijau Kuning ke suku akhir masih terbuka”

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

KETIKA Kedah Darul Aman FC (KDS FC) berduka kerana kehilangan tonggak pertahanan Rodley Celvin sehingga akhir musim ini pasukan Hijau Kuning bakal menerima kembali khidmat Anumanthan Kumar yang kini sudah hampir pulih dari kecederaan pergelangan kakinya.

Kombinasi Renan Alvares dan Rodley menjadi benteng kukuh bagi pasukan Kedah Darul Aman FC (KDA FC) mengarungi Liga Super dengan cemerlang sekaligus dinobatkan sebagai naib juara Liga Super musim ini.

“Pertahanan Kedah memang mantap ketika kombinasi Renan dan Rodley beraksi tetapi ketiadaan pemain pertahanan yang berasal dari Brazil itu sedikit melemahkan bahagian pertahanan tengah pasukan Hijau Kuning ini.

“Seperti nasihat ketua jurulatih Aidil Sharin Sahak kesemua pemain perlu melupakan kekalahan kepada pasukan Melaka United tetapi mereka perlu memastikan kesilapan yang berlaku pada perlawanan lalu tidak di ulangi.

“Kesemua pemain dan pegawai pasukan akan berehat selama beberapa hari dan akan kembali menjalani latihan semula dan mereka juga bakal berdepan perlawanan persahabatan sebelum aksi ketiga perlawanan Piala Malaysia bermula 29 Oktober depan,” kata pegawai tinggi KDA FC yang enggan dikenali.

Tambahnya, masih ada baki empat perlawanan perlu diharungi dan peluang untuk melayakkan diri ke peringkat suku akhir masih lagi terbuka dan beliau yakin berisan pemain yang beraksi mampu melakukannya.

Kedah Darul Aman FC tewas ketika aksi bertemu Melaka United, 1-3 Khamis lalu. 

“Kekalahan kepada Melaka pada perlawanan lalu pasti akan membuka mata dan hati kesemua pemain demi mencari kemenangan mengatasi Negeri Sembilan di Paroi pada 29 Oktober depan.

“Aidil yang sudah bersama pasukan Kedah sejak dua musim lalu pasti mengetahui apa yang perlu dilakukan untuk mengembalikan keyakinan pemain dan corak permainan yang perlu dijelmakan,” katanya.

 


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
Tags

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: