Bola Sepak

KL City FC jalin kerjasama dengan finalis Liga Juara-Juara AFC

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Majlis menandatangani Perjanjian Memorandum Persefahaman (MOU) KL City FC dan Sepahan SC. Foto: KLCITY FC

Oleh: SUBKI SUDARJI

KELAB Bolasepak Kuala Lumpur City, menjalinkan perjanjian kerjasama dengan kelab ‘Pro Gulf League’ Iran – Foolad Mobarakeh Sepahan Sports Club (Sepahan SC) dalam usaha memberi manfaat kepada perkembangan bola sepak.

Dalam masa yang sama, perjanjian ini dapat memberi manfaat dan pengetahuan yang lebih lagi kepada kedua-dua kelab bola sepak ini bukan sahaja melalui perkongsian pendidikan jurulatih dan maklumat teknikal dalam permainan bola sepak, tetapi dari segi pentadbiran kelab bola sepak secara keseluruhan.

Perjanjian bersejarah diantara kedua kelab ini tidak dinafikan mendatangkan banyak kebaikan untuk kedua-dua organisasi bola sepak ini, terutama sekali peluang untuk mengadakan perlawanan persahabatan di antara Sepahan SC yang merupakan bekas finalis Liga Juara-Juara AFC dan KLCFC yang akan membantu dari segi perniagaan dan bolasepak perjanjian ini.

Majlis menandatangani Perjanjian Memorandum Persefahaman (MOU) ini disempurnakan Presiden Sepahan SC Mohammed Reza Saket dan Ketua Pegawai Eksekutif KLUFC Stanley Bernard.

Turut hadir Pengerusi Lembaga Pengarah Kuala Lumpur United Football Club Sdn Bhd, Khalid Abd Samad dan Ketua Jurulatih KLCFC Bojan Hodak.

Kerjasama yang terjalin ini bukan sahaja yang pertama di antara kelab bola sepak di Malaysia dan Iran tetapi juga merupakan salah satu tindakan terbaru KLCFC untuk menerapkan “amalan-amalan baik” daripada kelab-kelab bola sepak antarabangsa yang berjaya kepada KLCFC.

Ini juga merupakan salah satu usaha serius KLCFC untuk mengembalikan era “Glory Days” mereka pada tahun 1980-an dan 90-an.


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: