Bola Sepak

EKSKLUSIF: “Terkejut bila sampai darat”- Nijey

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Shahrul Nizam pulang ke kampung membantu keluarganya turun ke laut selepas diberi cuti lima hari oleh pasukanTerengganu FC. Foto: Instagram Shahrul Nizam

 

Oleh: MOHD FARIQ

PEMAIN pertahanan Terengganu FC Muhamad Shahrul Nizam Ros Hasni mengakui terkejut dan tertekan berikutan namanya menjadi ‘panas’ sejak Jumaat.

Menurut Shahrul Nizam,23, atau digelar Nijey ini memberitahu CAKAP SUKAN bahawa dia sangat terkejut sebaik sahaja tiba di darat selepas membantu keluarga mencari rezeki di laut.

“Satu kejutan buat saya. Saya sangat kecewa dan ‘down’ sehingga alami ‘blood pressure‘ apabila mendengar berita ini.

“Selepas perlawanan bertemu Selangor FC Rabu lalu, pasukan memberi cuti selama lima hari kepada semua pemain. Jadi saya balik ke kampung dan membantu keluarga turun ke laut. Kami keluarga nelayan.

ARTIKEL BERKAITAN: “Kami cuba mengesan dia”, Shahrul Nizam ‘hilang’ tak berjawab

“Bila tiba sahaja tiba di darat saya terkejut mengetahui nama saya jadi paling panas di Malaysia,” luahnya penuh kecewa.

Tambah pemain kelahiran Bachok, Kelantan ini, sudah tentu setiap pemain bola sepak ada impian untuk menyarung jersi negara, begitu juga dengan dirinya.

Aksi Shahrul Nizam bertemu Selangor FC Rabu lalu sebelum pulang ke kampung pada pagi Khamis. Foto: Instagram Shahrul Nizam

“Saya minta maaf kepada semua, saya tidak tahu,” ujarnya sayu.

Nama Shahrul Nizam menjadi bualan sejak semalam (Jumaat) apabila Ketua Jurulatih Harimau Malaya Tan Cheng Hoe mendedahkan pemain itu tidak melaporkan diri dan menjalani latihan ringan bersama skuad negara sebelum berlepas ke Jordan awal pagi Sabtu.

Shahrul Nizam antara tiga nama yang dipanggil ke skuad negara pada Khamis lalu bagi menggantikan pemain pertahanan FC Midtjylland Dion Cools, Muhammad Syahmi Safari (Selangor FC) dan pemain Johor Darul Ta’zim (JDT) Muhammad Akhyar Abdul Rashid, akibat kecederaan.

Untuk rekod, Shahrul Nizam merupakan pemain muda negara yang pernah beraksi untuk Sukan SEA 2019 dan Kejuaraaan Remaja AFF Bawah 22 Tahun (2019).


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: