Bola Sepak

Gurauan netizen Shahrul Nizam ke laut adalah benar, punca tidak dapat dihubungi FAM

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Mohd Yusoff Mahadi

GURAUAN netizen di media sosial mengenai pemain pertahanan Terengganu FC Muhamad Shahrul Nizam Ros Hasni pergi ke laut rupanya benar selepas tidak melaporkan diri bersama skuad kebangsaan pada Jumaat.

Nama Shahrul Nizam menjadi bualan sejak semalam (Jumaat) apabila Ketua Jurulatih Harimau Malaya Tan Cheng Hoe mendedahkan pemain itu tidak melaporkan diri dan menjalani latihan ringan bersama skuad negara.

Namun ‘kehilangannya’ yang tidak dapat dihubungi akhirnya terjawab selepas pengurus pasukan Datuk Mohd Yusoff Mahadi menjelaskan situasi yang berlaku.

ARTIKEL BERKAITAN: “Kami cuba mengesan dia”, Shahrul Nizam ‘hilang’ tak berjawab

Menurut Mohd Yusoff yang juga Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), beliau dimaklumkan mengenai status pemain berusia 23 tahun itu oleh Pengurus TFC Zulfadli Rozi menerusi panggilan telefon kurang dari 12 jam sebelum pasukan negara berlepas ke Jordan 3.15 pagi Sabtu.

“Sepanjang saya menjadi pengurus tak pernah berlaku lagi pemain tidak datang untuk panggilan skuad kebangsaan. Tetapi saya dihubungi pengurus TFC sebenarnya pemain ini dia ke laut.

Shahrul Nizam berada di laut ketika panggilan menyertai skuad negara Khamis lalu. Foto: TFC

“Jadi, bila dia (Muhamad Shahrul Nizam) di sana memang tak dapat dihubungi, petang (semalam) baru dia mendarat dan dia juga terkejut,” katanya kepada Bernama di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) awal pagi tadi.

Shahrul Nizam antara tiga nama yang dipanggil ke skuad negara pada petang Khamis bagi menggantikan pemain pertahanan FC Midtjylland Dion Cools, Muhammad Syahmi Safari (Selangor FC) dan pemain Johor Darul Ta’zim (JDT) Muhammad Akhyar Abdul Rashid, akibat kecederaan.

Ironinya, situasi ini sepatutnya tidak berlaku kerana pemain-pemain yang berada dalam senarai ‘standby’ perlu dimaklumkan lebih awal untuk mereka membuat persediaan.

Selain itu, skuad Harimau Malaya yang menduduki ranking ke-154 dunia akan berdepan Jordan (ke-93 dunia) di Stadium King Abdullah II di Amman pada 6 Okt dan Uzbekistan (ke-84 dunia) di Stadium Antarabangsa Amman, 9 Oktober ini.


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: