Bola Sepak

Aksi kedua Piala Malaysia catat 4 juta tontonan di YouTube Unifi… Lang Merah tewas di laman sendiri paling tinggi!

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Oleh: JJFIRDAUS

PERLAWANAN kedua peringkat kumpulan TM Piala Malaysia sekali lagi menjadi tumpuan penyokong bola sepak tempatan apabila berjaya mencatat lebih 4 juta tontonan menerusi platform YouTube Unifi.

Angka ini tidak termasuk angka tontonan menerusi platform Unifi TV dan juga RTM menunjukkan peminat sememangnya dahagakan aksi bola sepak tempatan meskipun perlawanan berlangsung pada pertengahan minggu.

Perlawanan di antara Kedah Darul Aman FC (KDA FC) dan Melaka United FC mencatatkan jumlah tontonan tertinggi iaitu 828,000 tontonan yang menyaksikan pasukan Lang Merah tewas di laman sendiri.

Pertemuan Johor Darul Ta’zim (JDT) dan PJ City juga berjaya menarik perhatian 814,000 tontonan sekaligus mengekalkan rekod JDT sebagai pasukan pilihan penonton.

Kehadiran Syahrian Abimanyu di dalam kesebelasan utama JDT pada malam itu juga menyumbang angka tontonan yang tinggi terutama menerusi netizen Indonesia yang berbangga dengan pemain mereka.

Aksi JDT bertemu Petaling Jaya City FC turut menjadi tumpuan di YouTube Unifi. Foto: MFL

Pertembungan Terengganu FC dan juara 33 kali Piala Malaysia, Selangor FC ditonton kira-kira 758,000 penonton manakala perlawanan Penang FC dan Kuala Lumpur City FC pula disaksikan oleh 350,000 mata.

Dua pasukan dari Sarawak, Kuching City dan Sarawak United juga mempunyai peminat tersendiri apabila perlawanan Kuching City menentang Perak mencatatkan jumlah tontonan 278,000 manakala kemenangan Sarawak United ke atas Sri Pahang menerima 355,000 tontonan.

Walaupun bermain pada sebelah petang, perlawanan kontroversi di antara Kelantan dan Sabah berjaya menarik perhatian 321,000 manakala pertemuan Kelantan United dengan Negeri Sembilan bejaya meraih 319,000 tontonan.

Aksi Kelantan United bertemu Negeri Sembilan FC turut mencatat jumlah penonton yang tinggi.

Sembilan juta tontonan menerusi dua pusingan adalah satu angka yang bagus buat siaran langsung TM Piala Malaysia. Kini liga berhenti seketika dan dengan kehadiran semula penyokong ke stadium selepas ini diharap angka ini dapat dikekalkan kerana jumlah kemasukan penyokong ke stadium masih pada angka mininal.


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: