Bola Sepak

4 perkara menarik selepas dua aksi peringkat kumpulan Piala Malaysia 2021

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Oleh : SUBKHI SUDARJI

SELESAI sudah dua perlawanan peringkat kumpulan dalam saingan Piala Malaysia 2021 yang akan berehat seketika dan bersambung semula pada 29 Oktober nanti yang pastinya memberi banyak ruang serta peluang buat semua pasukan memperbaiki aksi masing-masing.

Sarawak United FC, Terengganu FC, Melaka United FC dan Johor Darul Ta’zim (JDT) gah memimpin pasukan masing-masing dengan mengumpul mata penuh selepas dua perlawanan.

Disebalik dua perlawanan peringkat kumpulan yang membabitkan 16 aksi pelbagai aksi yang dapat disimpulkan dan dikongsikan.

Tanpa sebarang kemenangan selepas dua perlawanan Sri Pahang kini terperosok ditangga bawah Kumpulan A.

> Pahang kini bukan lagi pasukan digeruni

  • Juara Piala Malaysia 2013 dan 2014,  kini umpama menunggu detik tersingkir awal dalam saingan kali ini selepas gagal meraih sebarang mata selepas dua perlawanan.
  • Lebih ketara adalah ketumpulan jentera serangan memaksa pertahanan kental, Herold Goulan beraksi diposisi penyerang pada 15 minit babak terakhir perlawanan.

 

Harimau Selatan menang dengan jaringan yang agak kecil berbanding prestasi dan reputasi dimiliknya.

> JDT sekadar menang tipis

  • Penyandang juara JDT hanya mampu menang tipis 2-0 ke atas Kelantan FC dan 1-0 (Petaling Jaya City FC) selepas dua perlawanan berlangsung dengan kedua-duanya dilaman sendiri.
  • Reputasi juara liga super lapan kali berturut-turut ini sedikit tercalar jika dilihatkan prestasi dalam saingan Liga Super walaupun pada awalnya ramai pemerhati bola sepak mengandaikan Harimau Selatan mampu membaham lawan dengan jaringan yang lebih besar.
Naib juara Piala Malaysia 2019, KDA FC tewas mengejut 1-3 kepada MUFC dilaman sendiri, Khamis lalu.

> Bahana Tik Tok

  • Secara kebetulan mahupun sebaliknya tetapi apa yang pasti aplikasi Tik Tok memberikan tanggapan berbeza buat penyokong Selangor FC dan Kedah Darul Aman FC pada aksi kedua peringkat kumpulan masing-masing.
  • Penyerang dan pemain muda Selangor FC, Sean Selvaraj serta Aliff Haiqal Lau memuat naik tarian mereka yang begitu lincah menari tetapi dalam perlawanan menentang Terengganu FC, kelincahan itu tidak dipamerkan di atas padang ketika Selangor FC tewas 1-2 kepada Terengganu FC.
  • Begitu juga dengan beberapa pemain KDA FC iaitu ketua pasukan Baddrol Bakhtiar, Azamuddin Akil dan Rizal Ghazali turut mempersembahan nyanyian dalam versi Tik Tok dan difahamkan video berkenaan dimuat turun sebelum aksi menentang MUFC dimana tuan rumah tewas mengejut 1-3 kepada MUFC.
Pemain import Sabah FC, Park Tae Su menarik perhatian Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) menerusi jaringannya.

  > Malaysia tarik perhatian FIFA

  • Nama Liga Malaysia (Liga M) dan Sabah FC mula tersebar selepas jaringan sepakan percuma ‘roket’  dari jarak jauh yang dilakukan pemain import Sabah FC, Park Tae Su menarik perhatian Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA).
  • Menerusi akaun Twitternya, FIFA berkongsi jaringan yang dilakukan pemain Korea Selatan itu ketika aksi Piala Malaysia bertemu PJ City FC di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), 27 September lalu.

 

 


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: