Bola Sepak

Bilalah Sri Pahang FC nak jaringkan gol – Dollah

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Penyerang import Sri Pahang FC, Kenjok Athiu terus gagal merobek gawang pada aksi di Stadium UiTM FC malam tadi.

Oleh : SUBKHI SUDARJI

BUKAN sahaja peminat yang menantikan jaringan gol tetapi persoalan sama turut bermain diminda Dollah Salleh selepas melihat aksi anak didiknya yang lebih banyak mengawal permainan dan berlegar dibahagian tengah.

Jelas pengendali Sri Pahang FC itu, situasi yang melanda pasukannya malam tadi adalah perkara yang sama ketika skuadnya tumpas 1-3 kepada Kuala Lumpur City FC, Ahad lalu.

“Saya rasa betul-betul sukar bagi pasukan, nak cipta satu peluang pun sukar, jadi inilah masalah sama dihadapi Sri Pahang FC.

“Main bola sekadar dibahagian tengah dalam bola sepak jika tidak menjaringkan gol kita akan menerima padah.

“Memang saya sendiri yang duduk diluar pun berfikir bilalah pasukan nak jaringkan gol,” jelasnya pada sidang media selepas perlawanan malam tadi.

Dalam perkembangan sama, Dollah ternyata kecewa dengan corak permainan pemainnya yang lebih kepada individu dan bukannya berpasukan sebagaimana yang diterapkan.

“Kecewa keputusan malam ini, masing-masing banyak kepada individu dan bila kehilangan bola kita lambat untuk memperbaikinya.

“Begitu juga mudah bagi lawan mematahkan gerakan dibahagian tengah sebelum ianya sampai kepada penyerang,” katanya.

Pada aksi yang berlangsung di Stadium UiTM FC yang merupakan gelanggang tuan rumah bagi Sarawak United FC (SUFC), jaringan tunggal pemain tuan rumah Tommy Mawat Bada memastikan mereka meraih mata penuh selepas dua perlawanan dan berada ditangga teratas Kumpulan A, Piala Malaysia.

Tempat kedua pula menjadi milik Kuala Lumpur City FC yang mengutip empat mata selepas seri 1-1 menentang Penang FC manakala tempat ketiga milik Harimau Kumbang dengan satu mata dan Sri Pahang FC menghuni tangga tercorot tanpa sebarang mata selepas dua perlawanan.


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: