Bola Sepak

Berita duka buat Harimau Malaya

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Oleh : SUBKHI SUDARJI / IZARI ROSLI

BERITA kurang menyenangkan kini melanda kem Harimau Malaya apabila pemain kacukan, Dion Cools yang dipanggil menyertai kem latihan skuad kebangsaan bagi menghadapi dua perlawanan Antarabangsa Tier 1 bertemu Jordan Uzbekistan mengalami kecederaan.

Kehadiran Cools yang merupakan pemain pertahanan tengah, telah banyak membantu skuad Harimau Malaya pada perlawanan Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 di Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE) Jun lalu.

Ketua jurulatih Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe memaklumkan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) sudah menghantar surat memohon pelepasan pemain berkenaan dari kelabnya, FC Midtjlland.

“Kita sememangnya mengharapkan dia (Cools) bersama pasukan kerana perlawanan itu nanti berada dalam kalendar Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA).

“Namun sedikit perkhabaran kurang mengembirakan apabila kelab memaklumkan dia mengalami kecederaaan,” katanya di temui CAKAPSUKAN, selepas menyaksikan perlawanan Piala Malaysia diantara Penang FC melayan kunjungan KL City FC di Stadium Bandaraya, Pulau Pinang malam tadi.

Cheng Hoe berkata, situasi sama ada dia akan bersama pasukan atau sebaliknya akan ditentukan dalam masa terdekat selepas mendapat perkembangan lanjut dari kelabnya.

“Terpulang kepada tahap kecederaannya, buat masa ini FAM sentiasa berkomunikasi dengan kelab dan kita harapkan tiada kecederaan serius dialaminya dan seterusnya membantu persiapan Harimau Malaya,” jelasny.

Pemain berdarah campuran Belgium-Malaysia itu dipanggil menyertai kem latihan pusat skuad Harimau Malaya bagi menghadapi dua Perlawanan Antarabangsa Tier 1 bertemu pasukan ranking ke-93 dunia, Jordan pada 6 Oktober 2021 dan pasukan ranking ke-84 dunia, Uzbekistan pada 9 Oktober 2021, kedua-duanya dijadual berlangsung di Amman, Jordan.

 


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: