Bola Sepak

Aksi kedua Piala Malaysia makin ‘panas’

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Penang FC sekadar seri di laman sendiri.

SARAWAK United meneruskan rentak cemerlang dalam Piala Malaysia apabila berjaya mencatat kemenangan kedua dengan menewaskan Sri Pahang 1-0 dalam perlawanan di Stadium UiTM, Shah Alam.

Jaringan tunggal Tommy Mawat Bada sudah cukup untuk memberikan tiga mata sekaligus menduduki tangga teratas Kumpulan A manakala Sri Pahang sekali lagi tewas dan kekal di tangga terbawah.

Dalam satu lagi perlawanan Kumpulan A, Penang FC dikecewakan Kuala Lumpur City pada minit terakhir untuk keputusan 1-1 dalam aksi di Stadium Bandaraya.

Aksi Penang FC dan Kuala Lumpur City di Stadium Bandaraya Pulau Pinang pada Rabu.

Jaringan pada masa kecederaan oleh Romel Morales berjaya memastikan Kuala Lumpur pulang dengan satu mata dan memadam jaringan Sheridin Boboev yang dilihat seakan-akan memberikan tiga mata kepada Pulau Pinang.

Di Kuala Terengganu, Terengganu FC cemerlang menewaskan Selangor untuk selesa di tangga teratas Kumpulan B dengan enam mata hasil dua kemenangan di laman sendiri.

Jaringan Dechi Marciel dan Lee Tuck pada setiap babak sudah cukup untuk memberikan kekalahan kepada Selangor yang mendapat gol saguhati menerusi jaringan pemain pertahanan, Ashmawi Yakin.

Kuching City pula gagal memanfaatkan peluang bermain di laman sendiri apabila diikat Perak FC 2-2 dalam satu lagi perlawanan Kumpulan B sekaligus masing-masing mencatatkan mata sulung dalam Piala Malaysia tahun ini.

Kuching City sekadar seri ketika bertemu Perak FC. Foto: MFL

Perak FC bangkit dua kali hasil jaringan Adib Raop dan Aizat Safuan selepas ketinggalan apabila Kuching City berjaya menjaringkan gol menerusi Hudson Dias dan sepakan percuma cantik Alif Hassan.

Perlawanan ketiga peringkat kumpulan akan berlangsung pada penghujung Oktober kerana liga akan memberi ruang kepada kalender FIFA yang menyaksikan pasukan kebangsaan kembali beraksi selepas sekian lama.


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: