Bola Sepak

“Tiada keunikan jaringan Park Tae-su” – Dr Pekan

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Dr Pekan Ramli

Oleh : SUBKHI SUDARJI

PEMERHATI sukan tempatan, Dr. Pekan Ramli menyifatkan jaringan sepakan percuma pemain Sabah FC, Park Tae-su tiada keunikan berbanding jaringan bekas pemain Pulau Pinang, Mohd Faiz Subri yang menerima Anugerah Puskas.

Tegasnya, anugerah Puskas bagi gol tercantik ini bukan hanya dilihat bola yang masuk ke gawang tetapi perlu ada eleman yang berbeza dan jarang-jarang berlaku.

“Saya tak nampak sesuatu yang berbeza, nak kata unik tidaklah dan biasa sahaja kerana ia lebih kepada sepakan padu yang terus menerjah ke sudut yang sukar untuk menghasilkan gol.

“Berbeza dengan jaringan gol oleh Faiz, sepakan yang dilakukannya , bolanya seolah-olah melayang dan memperdayakan penjaga gawang sebelum ia menjunam ke sudut yang sukar, inilah baru boleh dikatakan unik dan berbeza,” jelasnya kepada CAKAPSUKAN, pada Rabu.

Dr. Pekan yang juga memegang jawatan sebagi Ketua Seksyen Sukan Kementerian Pengajian Tinggi berkata, tiada masalah jika Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) berhasrat untuk menghantar pencalonan bagi Anugerah Puskas Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA).

“Boleh sahaja dicalonkan kerana akhirnya nanti peminat yang akan mengundi, kalau dicalonkan tidak mendapat sokongan tiada gunanya.

“Dalam kes Faiz dulu dia adalah pemain tempatan dan sudah pasti peminat Malaysia akan memberikan undi kerana memang jaringannya itu unik,” katanya.

Faiz meraih Anugerah Puskas 2016.

Pada 2016, Faiz menjadi kebanggaan Malaysia dan benua Asia selepas menjadi pemain Asia pertama menerima Anugerah Puskas selepas ‘gol melawan hukum fizik’ dijaringkan ketika menentang Pahang diiktiraf sebagai gol tercantik dunia.

Namun pada Isnin lalu dalam saingan Piala Malaysia 2021 , jaringan sepakan percuma umpama ‘roket’ pemain Sabah FC, Park Tae Su ketika bertemu PJ City FC menjadi bualan selepas FIFA turut berkongsi klip video jaringan terbabit.

 


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: