Bola Sepak

Maloney panggil lima muka baharu jalani latihan skuad B-23 Tahun

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Senarai barisan pemain B20 yang dikeluarkan FAM bagi menjalani latihan pusat Fasa 2 bermula,minggu depan.

PERSATUAN Bolasepak Malaysia (FAM) menyenaraikan 25 pemain untuk menyertai kem latihan pusat Fasa dua, bermula Isnin depan sebagai persiapan menghadapi perlawanan Kumpulan J, Kelayakan Piala Asia B-23 2022 hujung bulan ini.

FAM menerusi kenyataan media memaklumkan, Ketua jurulatih skuad bola sepak Bawah 20 Tahun (B-20) kebangsaan, Brad Maloney mengekalkan 16 daripada 27 pemain fasa satu untuk meneruskan latihan pusat bagi Fasa 2 ini.

Pemain yang dikekalkan ialah tiga penjaga gol iaitu Firdaus Irman Fadhil, Azri Ab Ghani dan Syed Nasrulhaq Syed Bidin, Azrin Afiq Rusmini, Faiz Amer Runnizar, Fahmi Daniel Zaaim dan Khairi Suffian Khaineyusri.

Selain itu, turut tersenarai adalah pemain Selangor 2 T Saravanan, Saiful Iskandar Adha Saiful Azlan, Firdaus Ramli, Umar Hakeem Suhar Rezwan, Chia Ruo Han, Alif Abdul Mutalib, Shafi Azswad Sapari, Syafik Ismail dan Azhad Harraz Arman.

Empat lagi pemain terdiri daripada mereka yang disenaraikan pada Fasa satu sebelum ini namun tidak dapat menyertainya ketika itu iaitu penjaga gol Sikh Izhan Nazrel Sikh Azman, Hairiey Hakim Mamat, Ahmad Aysar Hadi Mohd Shapri dan Aiman Afif Md Afizul.

Nik Akif antara pemain yang dipanggil Maloney untuksertai kem latihan pusat Fasa dua, bermula Isnin depan.

Baki lima pemain baharu yang dipanggil bagi melengkapkan senarai ke kem latihan pusat Fasa dua ini ialah Ahmad Zikri Mohd Khalili, Aidil Azuan, Nik Akif Syahiran Nik Mat, Azam Azmi Murad dan K. Thivandaran.

Skuad kendalian Maloney akan menjalani latihan pusat Fasa dua di Padang Majlis Sukan Negara (MSN), Bukit Jalil sebelum skuad akhir 23 pemain dijadual terbang ke Ulaanbaatar, Mongolia pada 20 Oktober.

FAM turut menagih empat pemain skuad Harimau Malaya iaitu Mukhairi Ajmal Mahadi, 20, (Selangor FC), Hakimi Abdullah, 22, (Terengganu FC); Quentin Cheng, 22, (Penang FC) dan Luqman Hakim Samsudin, 19, (KV Kortrijk)  dalam usaha membentuk pasukan mantap.

Mereka akan menyertai skuad B-20 kebangsaan sebaik selesai tugasan bersama skuad kebangsaan kendalian Tan Cheng Hoe bagi dua Perlawanan Antarabangsa bertemu Jordan dan Uzbekistan.

Bagi saingan Kumpulan J, Kelayakan Piala Asia B-23 2022 di Ulaanbaatar itu nanti, Malaysia akan bertemu Laos pada 25 Oktober 2021 diikuti aksi menentang tuan rumah, Mongolia pada 28 Oktober 2021 dan perlawanan terakhir berdepan Thailand pada 31 Oktober 2021 bagi merebut tempat ke pusingan akhir Piala Asia B-23 2022 di Uzbekistan pada Jun 2022.


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: