Bola Sepak

Tok Gajah rombak barisan pemain


Perancang utama Tok Gajah, Azam Aziz perlu lebih agresif mencipta ruang buat rakan menjaringkan gol.

Oleh : SUBKHI SUDARJI

SRI Pahang FC dijangka melakukan rombakan khususnya dibahagian benteng menjelang aksi menentang Sarawak United FC, di Stadium UiTM Shah Alam malam ini.

Ketua jurulatihnya, Dollah Salleh berkata, pasukan akan turun dengan beberapa perubahan khususnya dibahagian pertahanan selepas tewas 1-3 ditangan KL City FC, Ahad lalu.

“Ada kemungkinan terutamanya pertahanan yang dilihat agak mudah dibolosi, berdepan SUFC adalah cabaran yang sukar namun kami akan berusaha meraih keputusan positif,” jelasnya.

Tok Gajah perlu memastikan aksi ditempat lawan malam ini berakhir dengan keputusan positif buat pasukan seandainya tidak ingin terus berada dikedudukan terbawah liga.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d