Bola Sepak

Berita gembira buat penyokong bola sepak… boleh ke stadium bermula 1 Okt ini

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Penyokong-penyokong di Lembah Klang dibenarkan ke stadium bermula 1 Oktober ini.

BERITA gembira buat peminat bola sepak tanah air apabila Oktober ini bagi negeri yang berada di Fasa 2, 3 dan 4 dibenarkan ke stadium.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan beberapa kelonggaran kepada individu-individu yang telah lengkap divaksin termasuk membenarkan kehadiran penonton atau penyokong ke tempat perlawanan sukan dan rekreasi di negeri Fasa 2, Fasa 3 dan Fasa 4.

Memetik laporan Astroawani, kelonggaran ini berkuat kuasa bermula 1 Oktober.

“Kehadiran ini meliputi sebelum, semasa dan selepas acara sukan serta rekreasi dengan syarat, penonton atau penyokong telah menerima vaksinasi lengkap, memakai pelitup muka sepanjang perlawanan serta tiada aktiviti makan minum sepanjang berada di stadium.

“Kanak-kanak bawah umur 18 tahun tidak dibenarkan untuk menonton perlawanan di tempat acara sukan berlangsung,” memetik kenyataan pada Rabu.

Antara negeri yang akan melalui Peralihan Fasa baharu bermula 1 Oktober ini adalah Lembah Klang iaitu Kuala Lumpur, Selangor dan Putrajaya dan Melaka – Fasa 3, manakala Kedah ke Fasa 2.


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: