Bola Sepak

Gol penyamaan Morales kecewakan Penang FC

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Oleh : SUBKH SUDARJI / IZARI ROSLI

JARINGAN penyamaan Romel Morales pada masa kecederaan separuh masa kedua memastikan Kuala Lumpur City FC (KLFC) berkongsi satu mata bersama pasukan tuan rumah Penang FC pada aksi kedua Kumpulan A, Piala Malaysia 2021 di Stadium Bandaraya, Pulau Pinang sebentar tadi.

Turun dengan hasrat memburu kemenangan pertama, tuan rumah dilihat agresif pada 10 minit pertama menerusi gerakan trio import Casagrande, Dos Santos dan Sheriddin Boboev.

Beberapa gerakan menerusi hantaran lintang mencari Casagrande bagaimanapun berjaya dipatahkan pertahanan pelawat yang diketuai Giancarlo Gallifucco yang bergandingan baik bersama Daniel Ting.

Pelawat turut memiliki peluang mencipta jaringan menerusi ketua pasukan, Safee Sali dan Zhafri Yahya namun kedudukan seri tanpa jaringan kekal sehinggalah tamat separuh masa pertama.

Corak permainan berbeza mula dipamerkan pelawat pada separuh masa kedua susulan kemasukan Paulo Josue dengan permainan menyerang mula disajikan City Boys.

Romel Morales hampir meletakkan KL City didepan pada minit ke-63 namun tandukan sedikit tersasar ke gawang lawan ketika penjaga gawang Penang FC, Samuel Somerville hanya sekadar melihat bola tersebut.

Usaha berterusan Penang FC memburu gol akhirnya terhasil menerusi jaringan Boboev pada minit ke-77 apabila hantaran lintangnya yang mencari Casagrande berjaya mengelirukan penjaga gol KL City FC, Kevin Mendoza untuk gol pertama tuan rumah.

Ketika tiga mata penuh bakal diraih Penang FC, Morales membuktikan peranannya selaku penggempur apabila menjaringkan gol penyamaan pada penghujung perlawanan untuk meraih satu mata.


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
Tags

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: