
JARINGAN ‘roket’ pemain import Sabah FC Park Tae-su bukan sahaja mencuri tumpuan seluruh peminat bola sepak tempatan, malah turut mendapat perhatian Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (Fifa).
Pemain import dari Korea Selatan yang berusia 31 tahun itu melakukan sepakan percuma dari jarak 40 meter pada minit ke-20 permainan yang meluncur laju ke arah gawang Petaling Jaya City FC sekaligus menyukarkan penjaga gol Kalamullah Al-Hafiz menepisnya.
Menerusi Twitter rasmi Fifa.com, membuat ciapan ‘Take a bow, Park Tae-su!’.
🙇♂️ Take a bow, Park Tae-su!
🚀 There’s nothing like a 40-yard rocket hitting the crossbar on its way into the net 🙌
🇲🇾 One for the @SabahFCofficial history books 📚pic.twitter.com/y9P3022AKO
— FIFA.com (@FIFAcom) September 28, 2021
Malah klip video sepakan Tae-su itu juga turut menjadi viral di media sosial dan segelintir peminat menggelarnya sebagai tendangan ‘Puskas’.
Bagaimanapun jaringan cantik Tae-su itu tidak mampu memberi mata penuh kepada pasukan yang baharu diambil alih Datuk Ong Kim Swee ini selepas tuan rumah berjaya menyamakan kedudukan menerusi Darren Lok pada minit ke-79 bagi aksi pertama Kumpulan D Piala Malaysia 2021 ini.
Add Comment