Bola Sepak

Farizal selamatkan pasukan dari dibelasah – Reezal

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Ketangkasan Farizal berjaya menyelamatkan pasukan dari dibolosi jaringan gol banyak.

KETANGKASAN penjaga gawang Kelantan FC, Farizal Harun yang berjaya menafikan beberapa percubaan berbahaya Johor Darul Ta’zim (JDT) menyelamatkan pasukan dari menjadi skuad belasahan.

Penolong ketua jurulatih Kelantan FC. Reezal Zambery Yahya berkata, aksi luar biasa Farizal Harun banyak membantu dan memainkan peranan penting buat pasukan.

“Pengalaman luas Farizal yang pernah beraksi dengan pasukan ternama seperti Felda United dan Selangor sebelum berhijrah ke Kelantan FC banyak membantu pasukan itu dan mengelak daripada gawang dibolosi selepas diasak bertali arus barisan pemain JDT.

“Farizal menjalankan tugas dengan baik dan memainkan peranan penting sepanjang 90 minit perlawanan apabila kerap memberi arahan kepada benteng supaya sentiasa berwaspada dengan ancaman serangan pemain JDT.

“Dia pantas mengarahkan pemain pertahanan menutup ruang malah kerap menyelamat bola yang mampu menghasilkan gol menerusi gerakan berbahaya pemain JDT dan saya berpuas hati dengan komitmennya sepanjang perlawanan itu,” katanya.

Pada perlawanan yang berlangsung di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri malam tadi , pelawat kecundang dua gol tanpa balas ketika berdepan dengan juara lapan kali berturut-turut Liga Super itu.

Pada perlawanan itu jaringan penalti Bergson pada minit ke-30 dan gol Safawi Rasid pada minit ke-49 membolehkan skuad Harimau Selatan menewaskan pasukan Liga Perdana itu


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: