Bola Sepak

KL City FC mudah benam Sri Pahang FC

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Aksi pertahanan Sri Pahang FC, Herold Goulan (kanan) yang mengawal ketat pergerakan Morales.

Oleh : SUBKHI SUDARJI

KUALA LUMPUR City FC menepati ramalan meraih tiga mata penuh apabila tidak berdepan masalah membenam cabaran Sri Pahang FC, 3- 1 pada aksi pertama Kumpulan A Piala Malaysia 2021.

Satu gol pada babak pertama dijaringkan Daniel Ting pada minit ke-21 dan dua gol menerusi pemain import Romel Morales  babak kedua sudah cukup buat KL City FC memulakan langkah kanan dalam saingan kali ini.

Pada aksi yang berlangsung di Stadium KLFA Cheras sebentar tadi, tuan rumah hampir dikejutkan jaringan awal menerusi Kenjok Athiu ketika perlawanan baru memasuki 20 saat namun penjaga gawang City Boys, Kevin Mendoza cemerlang menafikan peluang tersebut.

Tersentak dengan asakan awal tersebut, anak didik Bojan Hodak mengatur gerakan memberi tekanan  kepada pelawat dan mereka memperolehi gol menerusi tandukan Daniel Ting ke penjuru gawang ketika dengan Helmi Eliza sekadar memerhati bola menerjah jaring.

Memasuki babak kedua, KL City tidak menunggu lama untuk menggandakan kelebihan jaringan selepas pemain import, Romel Morales menjaringkan gol kedua pada minit ke 47.

Sri Pahang yang tidak berputus asa turut memiliki beberapa peluang terutamanya pada minit ke 68 menerusi Kenjok namun ketangkasan Kevin menafikan impian pelawat untuk merapatkan jurang gol.

Morales terus membuktikan ketajamannya apabila meledak gol ketiga buat pasukan dan kedua peribadi pada minit ke-72.

Usaha berterusan Tok Gajah memburu gol akhirnya berhasil menerusi jaringan gol sendiri pertahanan tuan rumah Giancarlo Gallifuoco yang tertampan bola ke dalam gawang ketika cuba menyekat hantaran pemain lawan.

Sementara itu, kemenangan ke atas Pahang pada aksi pembukaan Piala Malaysia ini merupakan kali pertama selepas 2011.

Ia sekaligus merakam pencapaian positif untuk mara ke pusingan kalah mati buat kali pertama selepas tahun 1992.

Malah KL juga turut merekodkan aksi tanpa kalah 17 perlawanan di Cheras sejak 2019, menyamaikan rekod kelab yang dilakar pada 1987-88 ketika beraksi di Stadium Merdeka.

Lebih menarik lagi, KL turut menewaskan Pahang tiga kali berturut-turut buat kali pertama selepas 1991-92.


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: