
Oleh: JJFIRDAUS
KUALA Lumpur City FC menepati ramalan awal sebagai pasukan pilihan Kumpulan A Piala Malaysia2021 apabila mudah menundukkan Sri Pahang FC 3-1 dalam aksi di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras.
Dalam satu lagi aksi Kumpulan A, Sarawak United mengejutkan pasukan tempat ketiga Liga Super, Penang FC dengan kemenangan 3-1 dengan kesemua jaringan di hasilkan pada babak kedua.
Uche Agba cemerlang meledak dua gol manakala Khair Jones menambah duka Penang FC dengan satu gol menerusi serangan balas yang sangat menarik untuk memberi tiga mata kepada Sarawak United.

Dalam aksi Kumpulan B di Stadium MBPJ Kelana Jaya, Selangor dilihat bergelut sebelum jaringan penalti oleh Ifedayo Olesegun memecah kebuntuan untuk menang 1-0 bertemu pasukan Perak FC.
Di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Terengganu FC cemerlang menewaskan Kuching City FC 2-0 dengan Nafuzi Zain berjaya menewaskan mentornya, Irfan Bakti.
Dua gol pada setiap babak memastikan TFC kini mendahului takhta Kumpulan B manakala Selangor di tangga kedua berkongsi tiga mata tetapi diisytiharkan oleh perbezaan jaringan.

Perlawanan kedua peringkat kumpulan bakal berlangsung pada hari rabu ini dengan KL City bakal berhadapan Penang FC di Pulau Pinang manakala Sarawak United akan melayan kunjungan Sri Pahang dalam Kumpulan A.
Untuk Kumpulan B pula, Kuching City bakal bertemu Perak FC manakala Selangor bakal berkunjung ke Kuala Terengganu untuk perlawanan yang pastinya mendebarkan.






Add Comment