Bola Sepak

Kim Swee idamkan kebangkitan Sabah FC

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Barisan pemain Sabah FC mendengar taklimat dan perancangan Kim Swee semasa seisi latihan menjelang aksi menentang PJ City FC malam ini.

PENGENDALI Sabah FC, Datuk Ong Kim Swee mahu membuktikan penampilannya dalam saingan Piala Malaysia akan menghadirkan keputusan cemerlang pada aksi PJ City City di Stadium MBPJ, Kelana Jaya malam ini.

Tegasnya, semua pemain perlu yakin dan bangkit segera daripada belenggu kekalahan berturut-turut dalam saingan Liga Super yang sudah melabuhkan tirai baru-baru ini.

“Selepas seminggu saya bersama mereka sudah tentu kita tidak boleh mengharapkan suatu perubahan yang cukup besar dalam waktu terdekat, ini agak mustahil.

“Kita berharap Sabah FC mampu bangkit selepas tewas dalam beberapa perlawanan dalam saingan Liga Super lalu.

“Semua pemain menunjukkan satu sikap yang cukup positif serta sanggup menerima segala perubahan yang cuba saya lakukan. Ini sudah tentu memberi keyakinan yang amat tinggi bagi membolehkan mereka mempamerkan kualiti sebenar permainan,” katanya.

Pada masa sama, Kim Swee mengakui akan ada perubahan dalam kesebelasan utama untuk kempen Piala Malaysia.

“Perubahan daripada segi corak permainan dan yakin anak-anak buahnya mampu mengadaptasinya untuk mencapai keputusan yang baik sekali gus berusaha mengembalikan keyakinan para penyokong.

“PJ City FC bukan satu pasukan yang mudah untuk ditewaskan lebih-lebih lagi mereka mempunyai kelebihan bermain di laman sendiri. Berdasarkan rekod perlawanan Liga Super, Sabah FC tewas dua kali kepada PJ City FC.

“Harapan saya untuk semua pemain agar mereka membuktikan yang kita mampu bersaing dengan mana-mana pasukan sekalipun. Sudah tentu saya ingin mendapatkan  keputusan yang positif pada perlawanan pertama saya bersama Sabah FC malam esok,” katanya.


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: