Bola Sepak

Penyokong Selangor FC mahu Piala Malaysia tahun ini


Presiden Kelab Penyokong Bola Sepak Selangor (SSFC), Mohammed Haniff Rana Manzoor.

Oleh : SUBKHI SUDARJI

SELEPAS kali terakhir menjulang Piala Malaysia pada 2015, Selangor FC perlu memastikan piala berprestij itu dijulang pada musim ini sebagai bukti keberkesanan penjelmaan pasukan dan bukannya meletakkan sasaran sekadar berada di kelompok lapan terbaik.

Presiden Kelab Penyokong Bola Sepak Selangor (SSFC), Mohammed Haniff Rana Manzoor berkata, gesaan dan harapan ini wajar jika melihatkan perubahan pasukan dengan DNA Jerman yang dibawa hampir dua tahun.

“Sudah hampir dua tahun Selangor FC dijenamakan semula, perubahan kejurulatihan, begitu juga pemain, jadi pentas Piala Malaysia adalah peluang untuk barisan kejurulatihan dan pemain membuktikan Selangor masih gah seperti dahulu.

“Semestinya kami (penyokong) mahukan Piala Malaysia musim ini milik Selangor, mengapa hanya meletakkan sasaran ke pentas suku akhir, ini tidak seharusnya berlaku pasukan perlu beraksi dipentas final dan meraih kejuaraan,” jelasnya ketika dihubungi, sebentar tadi.

Haniff berkata, selepas terlepas gelaran Liga Super dan ketiadaan kejohanan Piala FA musim ini hanya Piala Malaysia mampu mengembalikan keyakinan penyokong terhadap pasukan.

“Jika sebelum ini rata-rata jurulatih dan pegawai-pegawai lain dibarisi anak tempatan pun mampu meraihg kedudukan ditangga ketiga terbaik Liga Super tetapi kali ini dibimbing jurulatih luar kedudukan semasa meletakkan pasukan ditangga kelima.

“Seharusnya tiada alasan untuk pasukan meraih gelaran Piala Malaysia,” tegasnya.

Selangor yang gah dengan gelaran juara 33 kali Piala Malaysia diundi dalam Kumpulan B bersama Terengganu, Perak dan  Kuching FC kali terakhir berada dipentas final pada 2015 dengan kejuaraan namun setahun kemudian kecundang kepada Kedah pada aksi akhir.

 


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Discover more from

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading