Bola Sepak

Beberapa pemain Selangor FC cukur rambut sebagai solidariti buat Brendan


Brendan kini dalam proses rawatan kanser testis yang dihadapinya. Foto: Brendan Gan IG

 

OLEH: SURYATI MOHD NOR

SEPERTI diketahui seluruh peminat bola sepak tanah air bahawa kapten Selangor FC Brendan Gan kini ‘berehat’ seketika bagi menjalani rawatan kanser testis yang dihadapi.

Pemain kacukan Harimau Malaya ini disahkan menghadapi kanser sejak Julai lalu dan telah menjalani pembedahan.

Pun begitu, kapten Merah Kuning ini tidak pernah dilupakan rakan-rakan sepasukannnya, malah setiap kali perlawanan Liga Super berlangsung sebelum ini, wakil pasukan sentiasa memberi penghormatan kepadanya sebelum aksi bermula.

 

Sokongan yang berterusan kepada Brendan ini sekurang-kurangnya dia terus kuat menghadapi ujian yang dilaluinya itu.

Terbaharu, beberapa pemain Selangor FC termasuk Khairulazhan Khalid dan Wan Zack Haikal turut mencukur kepalanya sebagai soladariti kepada Brendan yang kini tampil botak dalam proses rawatannya.

ARTIKEL BERKAITAN: Brendan jalani rawatan kanser testis… Semoga cepat sembuh!

Klip video tersebut dikongsi Selangor FC di laman Twitter rasmi mereka dan turut mendapat reaksi yang positif daripada Brendan sendiri.

 

Awal bulan ni, Brendan turut berkongsi penampilan baharu berkepala botak di Instagramnnya.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Discover more from

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading