Bola Sepak

Pemain ke-12 The Jangs belum boleh masuk stadium


NSFC antara satu-satunya pasukan yang berada dalam Fasa 4 ketika ini yang beraksi di pentas Piala Malaysia bermula esok.

Oleh : SUBKHI SUDARJI

IMPIAN penyokong bola sepak tempatan untuk hadir ke stadium menyaksikan saingan Piala Malaysia yang memasuki edisi ke-100 yang bakal bermula esok khususnya di negeri khsusunya dinegeri dibawah Pelan Pemulihan Negara (PPN)  Fasa 4 belum kesampaian apabila ditangguhkan.

Keputusan ini berdasarkan Mesyuarat Kuartet Menteri COVID-19 pada 21 September 2021 dan Mesyuarat Jawatankuasa Khas Pengurusan Pandemik pada 22 September 2021 telah memutuskan agar Kementerian Belia dan Sukan (KBS) memperincikan Protokol Am Pengurusan Penonton/ Penyokong dengan penelitian terhadap beberapa aspek dengan mengambil kira input dan nasihat daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

“KBS telah membentangkan cadangan kehadiran penonton/ penyokong ke venue sukan dan rekreasi bagi pertimbangan kerajaan melibatkan kawasan di bawah Pelan Pemulihan Negara (PPN) Fasa 2 dan Fasa 3.

“Kementerian ingin memaklumkan kebenaran semasa di bawah PPN Fasa 4 yang melibatkan kehadiran penonton/ penyokong ke venue sukan dan rekreasi adalah ditangguhkan sementara bagi membolehkan perincian semula Protokol Am Pengurusan Penonton/ Penyokong dilaksanakan dengan mengambil kira penilaian risiko semasa.

“KBS amat komited bagi memastikan pembukaan semula sektor sukan dan rekreasi dilakukan dengan teliti seiring dengan keperluan kesihatan awam,” ujar KBS menerusi kenyataan yang dikeluarkan.

Ketika ini negeri yang berada dalam Fasa 4 dan terlibat dalam saingan Piala Malaysia adalah Negeri Sembilan FC yang berada dalam Kumpulan C bersama Kedah Darul Aman FC, Melaka United FC dan Kelantan United FC.

 


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Discover more from

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading