
Oleh : SUBKHI SUDARJI
KEDAH DARUL AMAN FC
- Naib juara Liga Super dan Naib juara Liga Premier 2019 ini antara pasukan pilihan melangkah ke pusingan seterusnya dan tidak keberatan akan mampu berada dalam kelompok empat terbaik dalam saingan kali ini.
- Gandingan pemain lama dan baharu tempatan serta kombinasi tiga serangkai import memang tidak perlu dipertikaikan cuma pastinya penyokong mengharapkan mereka bertiga ini tidak mengalami kecederaan mahupun digantung perlawanan.
- Taktikal Aidil Shahrin Sahak yang sentiasa berubah mengikut lawan yang ditentang juga satu kelebihan selain tenaga muda yang semakin mencuri perhatian peminat mahupun pasukan lain.’
- Lupakan isu tunggakan LHDN yang menyelubungi pengurusan ketika ini dan berikan tumpuan sepenuhnya akan mampu meletakkan pasukan di pentas akhir.

MELAKA UNITED FC
- Tidak banyak boleh dibicarakan mengenai skuad Sang Kancil ini memandangkan mereka masih belum pernah beraksi dipentas final walaupun pengurusan dan kejurulatihan sering silih berganti.
- Mengisi slot Piala Malaysia dalam keadaan yang sedikit gusar bersama beberapa pasukan lain serta aksi kurang konsisten dipamerkan akan memberi tamparan hebat seandainya Zainal Abidin Hassan tidak merencana taktikal yang lebih tersusun dan menyeluruh.
- Mampu melakar kejutan tetapi yang pasti pesaing bukanlah calang-calang memberikan ruang buat MUFC
NEGERI SEMBILAN FC
- Juara Liga Premier 2021 satu kejayaan yang gemilang buat barisan bimbingan K Devan yang bersaing hebat dengan Sarawak United FC sehinggalah ke perlawanan terakhir.
- Reputasi dan sokongan tinggi dimiliki The Jangs pastinya akan menambahkan rencah persaingan dalam kumpulan begitu juga harapan peminat yang semakin ketara.
- Berdasarkan persembahan semasa, skuad Hoben Jang Hoben memiliki peluang untuk layak ke pusingan seterusnya dengan mengambil kira persembahan semasa yang perlu konsisten
KELANTAN UNITED FC
- Bukan faktor nasib, itulah yang dapat dirumuskan terhadap KUFC yang merupakan pasukan terakhir melengkapkan 16 pasukan dalam saingan Piala Malaysia kali ini.
- Bersaing hebat dengan PDRM FC untuk slot terbabit, kemenangan 3-1 ke aras Kuching City FC menolak Sang Saka Biru untuk hanya menjadi sebagai pemerhati dalam saingan yang memasuki edisi ke -100 ini.
- Kini peluang telah ada dan kali kedua beraksi dalam pentas seumpama ini, KUFC yang dibarisi pemain berpengalaman perlu memanfaatkan sepenuhnya slot dan bukanlah dianggap sebagai pasukan pelengkap mahupun belasahan.
Add Comment