Bola Sepak

Peluang terbaik buat saya – Kalamullah

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Kalamullah (kanan) bersama rakan sepasukan Syihan sentiasa bersaing secara sihat merebut posisi penjaga gawang utama pasukan.

Oleh : SUBKHI SUDARJI

PENJAGA gawang Petaling Jaya  City FC, Kalamullah Al-Hafiz Mat Rowi menyifatkan tersenarai bersama 23 pemain menyertai kem latihan pusat Harimau Malaya adalah peluang membuktikan kemampuan yang ada pada dirinya.

Jelasnya, kepercayaan diberikan Ketua jurulatih Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe amatlah dihargai dan bersedia membalas kepercayaannya.

” Seperti yang kita tahu, Farizal Marlias adalah penjaga gol yang berpengalaman dan bermain dengan cemerlang bersama JDT serta skuad kebangsaan.

“Mungkin kali ini jurulatih (TCH) memberi peluang kepada saya. Alhamdulillah pertama kali saya ucapkan.

“Dengan pemilihan ini, saya akan berikan yang terbaik kepada pasukan negara, ianya juga adalah satu peluang bagi saya membuktikan kemampuan diri,” jelasnya kepada CakapSukan, sebentar tadi.

Aksi dipamerkan Kalamullah ketika menentang Melaka United FC dalam saingan Liga Super baru-baru ini. (Foto PJCity FC)

Penjaga gol berusia 26 tahun ini dipanggil Cheng Hoe untuk menyertai kem latihan pusat skuad Harimau Malaya bermula Jumaat, 1 Oktober 2021 bagi menghadapi dua Perlawanan Antarabangsa Tier 1 bertemu pasukan ranking ke-93 dunia, Jordan pada 6 Oktober 2021 dan pasukan ranking ke-84 dunia, Uzbekistan pada 9 Oktober 2021, kedua-duanya dijadual berlangsung di Amman, Jordan.

Mula beraksi bersama PJ City FC pada musim 2019, Kalamullah merupakan penjaga gol ketiga pasukan tatkala ketika itu bersaing sengit dengan Mohd Muhaimin Mohamad sebelum Kalamullah akhirnya mencuri perhatian selepas membantu kemenangan ke atas Johor Darul Ta’zim (JDT) pada Julai 2019.

Selepas itu, kelibat bekas penjaga gol Felda United ini mula ditagih untuk terus berada dalam skuad utama pada musim lalu dan tahun ini makin selesa mengawal gawang PJ City.

 


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: