Bola Sepak

Kelantan United rampas slot ke Piala Malaysia dari PDRM


Aksi Kuching City FC bertemu Kelantan United FC petang Jumaat. Foto: MFL

Oleh: JJFIRDAUS

PASUKAN Kelantan United melakukan kejutan apabila berjaya memintas PDRM untuk merebut slot terakhir ke TM Piala Malaysia selepas menewaskan Kuching City 3-1 dalam aksi di Stadium Pasir Gudang.

Kelantan United yang memerlukan kelebihan dua jaringan untuk layak berjaya mencapai misi itu sekaligus mengecewakan PDRM yang pada suatu ketika sudah pun selangkah ke Piala Malaysia.

Kesemua gol Kelantan United dijaringkan pada separuh masa pertama menerusi jaringan Shafizi Iqmal pada minit ke-19, Gassama Alfusainey pada minit ke-21 dan jaringan Fakhrul Zaman pada minit ke-45.

Jadual pasukan Piala Malaysia penuh selepas perlawanan terakhir Liga Premier pada Jumaat.

Gol saguhati Kuching City pula diperolehi menerusi jaringan Michael Ijezie pada minit ke-27. Kuching City telah pun mengesahkan tempat ke Piala Malaysia menjadi pasukan ketiga terbaik Liga Premier.

Dengan kemenangan dramatik ini, Kelantan United akan bertanding dalam Kumpulan C bersama-sama Kedah Darul Aman FC, Melaka United dan juga juara baharu Liga Premier, Negeri Sembilan.

Malang buat PDRM apabila gagal ke Piala Malaysia walaupun berjaya bangkit pada pusingan kedua liga manakala ini adalah kali kedua Kelantan United layak ke Piala Malaysia.

Kelantan United akan bertandang ke Alor Star untuk bertemu Kedah Darul Aman FC dalam perlawanan pembukaan Piala Malaysia Isnin hadapan


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Discover more from

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading