Bola Sepak

LHDN kejar KFA, tuntut tunggakan cukai pendapatan RM10.4j

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Muhammad Sanusi Md Nor Foto: Bernama

PERSATUAN Bolasepak Kedah (KFA) berdepan tunggakan cukai pendapatan berjumlah RM10.4 juta yang tidak dibayar kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) membabitkan pemain utamanya sejak musim 2015.

Antara tuntutan yang dibuat LHDN adalah membabitkan cukai pendapatan bekas pemain import  iaitu Sandro Da Silva sebanyak RM2.3 juta dan Liridon Krasniqi (RM1.78 juta).

Menurut Presiden KFA, Muhammad Sanusi Md Nor, pengurusan KFA terdahulu didapati memotong gaji pemain serta jurulatih terbabit bagi bayaran cukai pendapatan, namun gagal melunaskan bayaran itu kepada LHDN.

Selain Sandro dan Liridon, tunggakan cukai tertinggi turut melibatkan Bang Seung Hwan sebanyak RM935,000, Ken Ilso Larson (RM470,000), Chidi Edeh (RM434,000) dan Carlos Kahe (RM346,000).

Ia juga turut membabitkan barisan kejurulatihan import, antaranya Ian Gillan dan Stefano Impagliazzo.

Muhammad Sanusi berkata, pihaknya akan cuba berbincang bersama LHDN itu dihapus kira berikutan kegagalan agensi terbabit menuntut kutipan bayaran pada tahun sebelumnya.

“KFA beroperasi untuk kemajuan sukan berasakan tanggungjawan sosial penaja dan tidak buat keuntungan kerana KFA bukan badan perniagaan yang menjana keuntungan.

“Lagipun semua ini adalah tunggakan lama… yang semasa (terkini) tiada tunggakan jadi saya dah berunding untuk memohon hapus kira (tunggakan) atas sebab kegagalan mereka (LHDN) pada masa terdahulu, yang tak kutip tunggakan pada masa itu.

“Sekarang KFA bagi kerjasama baik baru nak kutip mana boleh,” katanya.- Bernama


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: