
PEMENANG pingat perak Sukan Olimpik 2020, Datuk Mohd Azizulhasni Awang akhirnya bersua kembali dengan keluarga di Australia selepas lebih kurang tiga bulan berjauhan.
Jaguh keirin negara yang berusia 33 tahun itu terpaksa berjauhan dengan isterinya, Datin Athiah Ilyana Abd Samat yang kini sedang mengandung anak ketiga mereka di Melbourne, serta dua anak perempuannya.
Sebelum ini Azizulhasni kembali ke Malaysia bagi persediaan ke Olimpik sebelum terbang ke Tokyo Julai lalu.
Azizuhasni turut berkongsi saat bahagia kembali bersama keluarga tercinta itu di laman Instragram miliknya.

Selepas mengibar bendera Malaysia di Tokyo baru-baru ini, Azizulhasni dilihat mengggunakan masanya di tanah air dengan pulang ke kampung halaman melawat keluarga di Dungun serta keluarga mertua di Perak selain menerima pelbagai jemputan susulan kejayaannya pada Sukan Olimpik Tokyo 2020.
Add Comment