Lain-Lain

Kontrak dua jurulatih terjun tidak disambung

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Kontrak jurulatih Zhuliang tidak disambung.

 

KONTRAK dua jurulatih terjun negara, Christian Brooker dan Yang Zhuliang tidak disambung.

Perkara itu diputuskan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Majlis Sukan Negara (MSN) bersama Persekutuan Renang Malaysia pada Isnin dan ia dilaporkan berpunca daripada kegagalan skuad terjun negara meraih pingat dalam Sukan Olimpik Tokyo 2020 Julai lalu.

Keputusan tersebut menyaksikan Brooker dan Zhuliang bakal meninggalkan skuad kebangsaan bermula Khamis ini sekaligus mengucapkan selamat tinggal kepada atlet-atlet terjun di bawah bimbingan mereka.

Bagaimanapun kontrak seorang lagi jurulatih negara, Li Rui disambung untuk tempoh dua tahun lagi.

Sebagai rekod, skuad terjun negara antara harapan untuk meraih satu pingat di Tokyo baru-baru ini, namun tidak kesampaian selepas menyaksikan ratu terjun negara Pandelela Rinong hanya menamatkan saingan akhir  di tempat tercorot.

Dalam dua edisi Sukan Olimpik sebelum ini, acara terjun berjaya menyumbangkan pingat menerusi Pandelela dengan meraih gangsa acara 10 meter platform di London 2012.

Manakala di Rio 2016, Pandelela yang bergandingan dengan Jun Hoong meraih pingat perak dalam acara 10 meter platform seirama.


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: