Lain-Lain

Bekas kapten All Blacks dilantik sebagai ketua jurulatih ragbi negara

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Rodney So’oialo

KESATUAN Ragbi Malaysia (KRM) melantik bekas kapten New Zealand, Rodney So’oialo sebagai ketua jurulatih pasukan ragbi 15 sebelah negara bagi menggantikan Bradley Moni Mika.

Timbalan Presiden KRM Amir Amri Mohammad, berkata legenda All Blacks itu diberi tanggungjawab bagi mempersiapkan skuad Bunga Raya menghadapi Kejohanan Ragbi Asia 2021 membabitkan pertemuan menentang Hong Kong pada 28 Januari 2022 sebelum berdepan Korea Selatan empat hari kemudian.

“Keputusan lantikan jawatan ketua jurulatih itu diputuskan oleh EXCO KRM selepas Lembaga Kejurulatihan KRM membuat penilaian ke atas beberapa calon yang disenarai pendek.

“Rodney akan melatih skuad kebangsaan bagi tempoh singkat bermula 1 November sehingga Kejohanan Asia 2021 berakhir dan diharap pelantikannya ini dapat mencapai objektif membentuk pasukan terbaik dalam saingan di Hong Kong,” jelas Amir Amri yang juga merupakan pengurus pasukan negara.

Untuk rekod, So’oialo, 42, merakam 62 kap bersama skuad kebangsaan 15 New Zealand selain mengetuai All Blacks antara tahun 2002 hingga 2009.

Antara pencapaian terbesarnya adalah membantu New Zealand muncul juara Kejohanan Ragbi Piala Dunia 7 sebelah pada 2001 dan memenangi pingat emas Sukan Komanwel 2002 selain beraksi di Piala Dunia 15 sebelah pada 2003 dan 2007.

Skuad Bunga Raya bakal membuka kempen di kejohanan Asia 2021 berdepan dengan Hong Kong pada 31 Januari 2022 sebelum bertemu Korea Selatan pada 2 Februari depan.


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: