VIETNAM diberi tempoh sehingga Oktober ini untuk status penganjuran Sukan SEA ke-31 sama ada mahu meneruskan atau dibatalkan.
Tempoh tersebut diberikan oleh Persekutuan Sukan Asia Tenggara (SEAFG) kepada Jawatankuasa Penganjur Sukan SEA 2021 yang sepatutnya berlangsung penghujung tahun ini ke tahun 2022 atau dibatalkan.
Presiden Jawatankuasa Olimpik Filipina (POC) Abraham Tolentino menerusi laporan media antarabangsa menjelaskan, SEAGF mahu Vietnam membuat keputusan samada meneruskan pada 2022 atau temasya edisi ke 32 ini dibatalkan.
Menurut laporan media247.my, mesyuarat dilangsungkan secara atas talian pada Jumaat lalu dan Tolentino menjelaskan Mei 2022 sebagai tarikh yang sesuai untuk menganjurkan temasya itu dan ia dipersetujui oleh kesemua 11 negara bertanding.
Malah, kalendar 2022 juga padat dengan pertandingan major selain kejohanan kejohanan antarabangsa termasuk yang menawarkan mata kelayakan ke sukan Olimpik Paris 2024.
Antara kejohanan major yang berlangsung pada 2022 Kejohanan Seni Mempertahankan diri Dalam Dewan Asia yang berlangsung di Thailand pada 10 – 20 Mac, Sukan Asia di Hangzhou, China (10-25 September) dan Sukan Remaja Asia, Shantou (20-28 Disember).
Sukan Olimpik Musim Sejuk, Beijing juga dijadual berlangsung dari 4–20 Februari selain kejohanan yang diiktiraf oleh Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa yang akan berlangsung di Birmingham, Alabama, Amerika Syarikat.
Vietnam memutuskan untuk menunda penganjuran Sukan SEA 2021 susulan jumlah kes pandemik Covid-19 meningkat di negara itu pada Ogos dan awal bulan ini.
Sekiranya Vietnam memutuskan untuk membatalkan sukan SEA 2021, mereka perlu menunggu sehingga 2027 untuk kembali menjadi tuan rumah namun bergantung kepada dua negara, iaitu Laos atau Brunei Darussalam yang masih belum memberi kata putus untuk menjadi hos bagi tahun 2027.
Add Comment