Lain-Lain

“Norma baharu industri sukan, terus jaga SOP” – PRISM

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Insudtri sukan kembali dibuka termasuk gimnasium Jumaat lalu. Foto: Bernama

 

PERSATUAN Pengurusan Industri Sukan Malaysia (PRISM) berharap orang awam terus kekal dengan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) selepas pembukaan semula industri sukan tanah air.

Pemangku Presiden PRISM Datuk Jack Koh berkata, langkah yang diambil oleh kerajaan amat bertepatan dengan situasi semasa yang kini dalam peralihan ke Fasa 2 dan seterusnya Fasa 3.

Beliau menghargai keputusan pembukaan semula industri sukan yang dibuat Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

“Kini Covid-19 bukan lagi pandemik tetapi endemik. Kebenaran semua sektor industri sukan dibuka semula untuk kembali memulakan perniagaan sukan dengan selamat tanpa melupakan SOP yang telah ditetapkan.

“PRISM juga menyeru kepada orang awam untuk kembali semula industri sukan dengan mengikut syarat-syarat penting seperti telah melengkapkan dua dos vaksin, membuat tempahan terlebih dahulu serta memakai topeng muka.

Jack Koh

“Dengan adanya kerjasama daripada pengusaha sukan dan pengguna kemudahan sukan dalam mematuhi SOP ini, PRISM yakin rakyat akan kekal aktif dan positif dalam norma baharu sukan ini,” kongsinya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Dalam pada itu, Jack juga berharap kerajaan akan terus menyokong pembangunan industri sukan di Malaysia.

“Sukan memainkan peranan penting dalam menyokong gaya hidup sihat rakyat Malaysia dan seterusnya menyumbang kepada pembangunan ekonomi negara.”

Industri sukan negara kembali dibuka pada 10 September lalu, manakala gimnasium pada 17 September 2021 selepas ditutup akkibat pandemik Covid-19.


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: