Lain-Lain

2022 bakal jadi tahun paling sibuk pasukan pesilat negara

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Megat Zulkarnain Omardin

 

Oleh: SURYATI MOHD NOR

PRESIDEN Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia (Pesaka), Datuk Megat Zulkarnain Omardin mendedahkan tahun depan bakal menjadi tahun yang paling sibuk bagi pasukan silat negara.

Megat Zulkarnain memberitahu, tahun 2022 bakal diisi dengan pelbagai kejohanan besar yang pastinya amat penting kepada atlet-atlet silat negara selepas hampir setahun setengah tanpa sebarang kejohanan tempatan dan antarabangsa berikutan pendemik Covid-19.

“Kejuaraan Pencak Silat Dunia akan diadakan di Malaysia (tuan rumah) kemungkinan pada 21-30 Julai tahun depan.

“Selepas itu bakal ada juga Liga Silat dengan semua negara akan bertukar-tukar menjadi tuan rumah,” kongsinya dalam satu sesi bersama media secara atas talian malam ini (Sabtu).

Megat Zulkarnain yang juga naib presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM) sebelum ini berkata, Kejuaraan Dunia ini amat penting untuk dianjurkan.

“Kalau tidak buat (anjur) kita tidak boleh buat kongres,” jelasnya.

kejohanan Pencak Silat Dunia edisi ke-20 sepatutnya berlangsung tahun ini, namun terpaksa ditunda ke tahun hadapan berikutan situasi semasa pandemik.


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: