Lain-Lain

SAY, Selangor FC dan Selangor FA bergabung bincang VSN2030

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Tengku Amir Shah merupakan pengasas SAY untuk belia-belia Negeri Selangor.

 

SELANGOR Youth Community (SAY) dengan kerjasama Kelab Bola Sepak Selangor (Selangor F.C.) dan Persatuan Bola Sepak Selangor (FA Selangor) telah menganjurkan perbincangan meja bulat untuk menyokong Kanvas Visi Sukan Negara 2030 (VSN2030) oleh Kementerian Belia dan Sukan (KBS).

Apa yang menarik, perbincangan secara atas talian ini telah menarik lebih daripada 30 individu dan dan pelbagai organisasi termasuk perkhidmatan sukan dan perniagaan hingga ke komuniti sukan serta kumpulan belia membincangkan isi kandungan, cabaran dan peluang yang boleh diperolehi dari 6 nilai teras utama VSN2030.

Di sini menjadi medan penting untuk mendengar suara dan pendapat akar umbi dan masyarakat Selangor untuk pelan sukan nasional 10 tahun akan datang.

Selain perbincangan, sesi dialog bersama barisan panel pilihan termasuk Raja Muda Selangor (RMS) Tengku Amir Shah Ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj serta Mark Chua (bekas perenang negara), pengasas SuperSharkz Swim School, dan Mariana Mohammad (bekas atlet basikal dan duathlon negara). Manakala Shamil Yusof dari sekretariat VSN2030 sebagai moderator turut diadakan.

Sejajar dengan prinsip ‘daripada komuniti kepada komuniti’ yang dikongsi oleh SAY dan VSN2030, diharap lebih banyak platform dan penyertaan daripada ahli komuniti secara akar umbi dalam membangunkan negara dan masyarakat sekaligus membawa suara mereka ke peringkat perangkaan dasar.

Sebagai rekod,  Tengku Amir Shah merupakan Penaung Diraja dan Presiden Eksekutif SAY telah menubuhkan  komuniti remaja ini bagi pembangunan belia di Negeri Selangor yang dilihat sebagai aspek penting dalam membangunkan negeri dan seterusnya Malaysia.

Fungsi utama penubuhan SAY adalah untuk mengatur aktiviti yang membina kemampuan peribadi, meningkatkan kewarganegaraan, dan memberi kesedaran tentang perlunya menghindari unsur-unsur negatif di kalangan belia.


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: