Lain-Lain

HSN2021 kembali secara hybrid 9 Oktober ini


Ahmad Faizal melancarkan pra Hari Sukan Negara 2021 pada Khamis.

HARI Sukan Negara (HSN) kembali disambut 9 Oktober ini selepas ditangguhkan tahun lalu berikutan penularan pandemik Covid-19.

Seperti tahun-tahun sebelum ini, HSN yang mula diperkenalkan pada tahun 2015 akan disambut pada setiap minggu kedua hari Sabtu bulan Oktober dan dijadikan agenda national selaras dengan aspirasi negara menuju pencapaian negara sukan ‘sporting nation’.

Bagi tahun ini, HSN2021 adalah secara hybrid dengan melibatkan program-program yang menarik termasuk aerobik, ‘fit and active’, Virtual Run, Fitness Challenge, Myfit@Home serta Freestyle Challenge.

“Pendemik Covid-19 telah mempengaruhi pola dan cara kita berfikir, hidup, bekerja dan bersukan. Namun ia tidak menghalang kita untuk terus kekal cergas dan mengamalkan gaya aktif dengan mematuhi SOP Am Sektor Sukan dan Rekreasi yang sedang berkuatkuasa.

“Saya ingin menyeru seluruh rakyat Malaysia untuk bersama-sama memberi sokongan padu dan kerjasama erat dalam pembangunan sukan negara,” ujar Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu ketika merasmikan Pra Pelancaran Hari Sukan Negara 2021 secara atas talian pada Khamis.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: