Lain-Lain

Aktiviti sukan, riadah dan rekreasi dibenarkan bermula Jumaat ini

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

AKTIVITI sukan, riadah dan rekreasi untuk negeri dalam Fasa 1 Pelan Pemulihan Negara (PPN) dibenarkan bermula Jumaat ini.

Mesyuarat Jawatankuasa Khas Pengurusan Pandemik Covid-19 pada Rabu bersetuju melonggarkan prosedur operasi standard (SOP) bagi sektor sukan, riadah dan rekreasi ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata antara kelonggaran itu ialah membenarkan aktiviti sukan tertutup atau ‘indoor’, kecuali gimnasium, kepada individu yang sudah lengkap vaksinasi.

Beliau berkata, kelonggaran itu dibuat selepas penilaian risiko oleh Kesihatan Malaysia (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

“Fasiliti sukan dan rekreasi komersial tertutup (indoor) dibenarkan beroperasi dengan kawal selia, hanya kepada pelanggan yang sudah lengkap divaksin. Penggunaan fasiliti perlu dilakukan secara janji temu, di samping pematuhan SOP.

“Keputusan ini dibuat berdasarkan penilaian risiko semasa oleh KKM serta MKN, dan akan berkuat kuasa pada 10 September 2021,” katanya dalam satu kenyataan, Rabu.

Selain itu, Ismail Sabri berkata kelonggaran lain bagi negeri dalam Fasa 1 PPN ialah membenarkan tiga aktiviti perniagaan bagi sektor perdagangan dan pengedaran.

Tiga aktiviti perniagaan itu ialah kedai bunga atau nurseri, kedai peralatan ‘outdoor’ dan galeri perumahan, yang juga dibenarkan beroperasi mulai Jumaat ini.


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: