Lain-Lain

Khairy beri bayangan positif berkaitan sektor sukan


Oleh: JJFIRDAUS

SEKTOR sukan negara ini bakal mendapat khabar gembira apabila satu pengumuman tentang pembukaan semula akan diumumkan tidak lama lagi.

Menerusi ciapan yang dilakukan oleh Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin di Twitter beliau berkongsi sedikit informasi yang positif.

“Tadi dibincang dan diputuskan di sidang MKN (Majlis Keselamatan Negara) Covid-19. Berita baik akan diumumkan.”

 

Ia merupakan respons  Khairy  kepada ciapan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faisal Azumu yang menyuarakan kebimbangan terhadap pengusaha padang dan perniagaan berkaitan sektor sukan yang akan teruk terjejas jika tiada tindakan selanjutnya.

Ini juga adalah tindakan seterusnya oleh KKM (Kementerian Kesihatan Malaysia) yang sebelum ini telah membuka sektor hiburan setelah lama ditutup akibat peraturan SOP Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dikenakan di seluruh negara.

 

Dijangka SOP yang bakal diumumkan adalah sama seperti sektor lain dimana segala aktiviti akan dibenarkan tetapi hanya kepada individu yang sudah lengkap divaksinasi.

Pastinya pengumuman ini ditunggu-tunggu oleh semua pemain industri sukan negara yang sekian lama telah ditutup.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d