Bola Sepak

Bangkitlah Selangor dari lamunan, Usah pandang rendah Kuching City FC


TFC perlu kembali mempamerkan aksi sebenar seandainya ingin melangkah lebih jauh.

Oleh : SUBKHI SUDARJI

TERENGGANU FC

  • Juara 2001 dan Naib Juara 2018 kali ini mempertaruhkan ramai pemain muda yang dicungkil Nafuzi Zain dalam saingan Liga Super, menamatkan kedudukan di tangga keempat sesuatu yang perlu diperhalusi memandangan TFC antara pasukan yang disebut-sebut mampu memberikan saingan kepada JDT dalam pentas  Liga Super.
  • Konflik pemilihan pemain import khususnya dijentera serangan perlu segera diselesaikan Nafuzi, memilih David Da Silva yang prestasinya umpama yo-yo mahupun Jordan Mintah yang terbukti apabila meraih gelaran penjaring terbanyak Liga Premier berkongsi dengan penyerang JDT II, Fernando Rodrigues.
  • Sasaran suku akhir diletakkan Nafuzi dalam saingan Piala Malaysia yang memasuki edisi ke 100 kali ini
Selangor perlu bangkit dan bukan hanya bersandarkan rekod lampau dalam saingan Piala Malaysia.(Foto : SelangorFC)

SELANGOR FC

  • Kali terakhir menjulang Piala Malaysia adalah pada 2015 menewaskan Kedah 2-0 di Stadium Shah Alam dan tahun berikutnya Kedah membalas kekalahan tersebut di pentas final dengan penentuan sepakan penanti 6-5 memihak Kedah.
  • Selepas 2016, Gergasi Merah Kuning ini terus senyap dari pentas final dengan hanya gah rekod 33 kali juara Piala Malaysia.
  • Corak permainan DNA Jerman yang dicanang pada musim ini masih belum kelihatan secara menyeluruh dengan hanya Ifedayo membuktikan ketajamannya selaku peledak berbisa dengan merangkul gelaran penjaring terbanyak Liga Super.
  • Kehilangan Brendan Gan dan selain Shahrel Fikri yang masih belum cergas sepenuhnya perlu segera diatasi Selangor seandainya mereka ingin pergi jauh dalam saingan kali ini.
Penampilan Perak FC dalam saingan kali ini rata-rata dibarisi pemain muda.

PERAK FC

  • Lupakan seketika status Perak FC yang tersingkir di Liga Premier musim depan kerana Piala Malaysia pastinya berbeza untuk disaksikan
  • Kehilangan pemain import serta beberapa tonggak utama dipertengahan musim menyebabkan Juara Piala Malaysia 2000 dan Naib Juara 2007 terus berdepan prestasi yang merundum menyebabkan mereka terpaksa menerima hakikat menamatkan dikedudukan kedua tercorot.
  • Nana Pokku antara penyerang import yang seolah-olah memberi harapan Perak FC akan bangkit dan memberikan saingan dalam Piala Malaysia bersama Sergio Aguero yang semakin mempamerkan peningkatan.
  • Usaha berterusan serta semangat berpasukan khususnya dari pemain muda mampu memberikan impak kepada pasukan.
Walaupun hanya wakil tunggal dalam kumpulan, tidak mustahil Kuching City FC mampu melakar kejutan.

KUCHING CITY FC

  • Siapa yang tidak mengenali Irfan Bakti Abu Salim, dianggap sifu dikalangan jurulatih muda kini kembali mewarnai bola sepak tempatan apabila memimpin Kuching City FC.
  • Walaupun beraksi dalam saingan Liga Premier musim ini, kehadiran Kuching City FC bukanlah sekadar menjadi mangsa belasahan pasukan lain untuk meraih mata penuh.
  • Selaku pasukan yang tidak diberikan pilihan berbanding tiga pencabar lain, kelebihan ini seharusnya dimanfaatkan Kuching City FC.

 


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d