Bola Sepak

Langkawi City FC, Dortmund jalin kerjasama pembangunan akar umbi

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Oleh : SUBKHI SUDARJI

PASUKAN  Liga M3, Langkawi City FC (LCFC) menjalin kerjasama dengan gergasi Bundesliga, Borussia Dortmund untuk memantapkan program pembangunan akar umbi dan pemain remaja di pulau terkenal itu.

Bukan setakat pembangunan akar umbi namun agenda lain turut membabitkan siri kejohanan untuk pemain remaja selain perkongsian ilmu antara jurulatih Borussia Dortmund serta program pelancongan sukan antara kedua-dua belah pihak antara intipati perjanjian yang dirangka.

Ketua Pegawai Eksekutif Borussia Dortmund, Carsten Cramer percaya kerjasama terbabit dapat membantu menjayakan apa yang disasarkan kedua-dua belah pihak dalam misi memajukan lagi bola sepak.

“Bola sepak menjadi bertambah popular di seluruh dunia termasuklah di Asia dan kami bangga untuk bekerjasama dengan LCFC.

“Pertukaran pengetahuan yang menyeluruh dan sokongan berterusan untuk pembangunan akar umbi di Langkawi dan Malaysia akan menjadi fokus utama dalam jalinan kerjasama ini,” katanya.

Penaung LCFC yang juga mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad turut menzahirkan ucapan tahniah atas kerjasama terbabit.

“Dortmund adalah jenama global yang berjaya dan sudah tentu LCFC boleh belajar banyak perkara daripada kerjasama ini.

“Kerjasama ini akan memanfaatkan penduduk Langkawi khususnya golongan muda. Semoga kerjasama ini mencapai kejayaan di dalam ataupun di luar padang,” katanya.

Untuk rekod, kerjasama terbabit akan bermula 1 September 2021 sehingga 31 Disember 2023.


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: