Permotoran

Axle Sports wakili Malaysia ke Siri Perlumbaan Maya Le Mans

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Alex Yoong optimis bahawa pasukan kendaliannya dapat mengulangi prestasi ketika bergelar naib juara.

 

SUSULAN kejayaan membanggakan pada kejohanan Endurance Eropah 24 Jam yang berlangsung pada Jun yang lalu, Axle Sports sekali lagi membawa cabaran negara untuk Siri Perlumbaan Maya Le Mans yang dijadualkan pada 25 September ini.

Axle Sports yang diketuai oleh Alex Yoong teruja kerana sekali lagi dapat beraksi dalam perlumbaan bertaraf dunia ini. Mereka tersenarai di dalam 31 pasukan bertanding untuk beraksi pada perlumbaan ‘endurance’ secara maya buat kali kedua berturut-turut.

Malah, penglibatan Alex tidak asing lagi dengan perlumbaan ini apabila dia pernah merangkul anugerah ‘Rookie of the Year’ untuk penampilan sulungnya pada 2006.

Perlumbaan yang dijenamakan semula kepada Siri Perlumbaan Maya Le Mans akan menjadi kejohanan elit yang merangkumi lima pusingan dan akan bermula pada 25 September di Monza menerusi format perlumbaan ‘endurance’ 4 jam.

Alex Yoong optimis bahawa pasukan kendaliannya dapat mengulangi prestasi ketika bergelar naib juara dan percaya anak buahnya dapat memberi cabaran yang sengit kepada pelumba lain.

Alister Yoong (Malaysia), Mikko Nassi (Singapura) dan Inigo Anton akan beraksi bagi kelas GTE (Grand Touring Endurance) menggunakan jentera bernombor 61.

“Saya berbangga melihat pencapaian Axle Sports sepanjang penglibatan kami di dalam bidang ini. Kami merupakan pendatang baharu dan tidak pasti apakah bentuk cabaran yang kami hadapi.

“Pengalaman selama beberapa tahun ini telah mengajar kami dan akhirnya kami menjadi antara pencabar dan pendahulu untuk Factor 2 di rantau Asia dan Eropah dengan pelbagai kemenangan telah berjaya diraih.

“Sasaran kami adalah untuk memberikan amaran bahawa kami juga mempunyai bakat-bakat yang luar biasa di rantau Asia Pasifik dan boleh memberi cabaran kepada pasukan terbaik di Eropah,” tambah Alex.

Naquib akan memandu jentera bernombor 21 bersama-sama Josh Purwien (Australia) dan Muhammad Aleef (Singapura) untuk kategori kelas LMP (Le Mans Prototype).

Axle Sports akan mempertaruhkan pelumba handalan negara, Naquib Azlan yang baharu dino-batkan sebagai pemenang eRacing Edisi Global pada Mei yang lalu.

“Saya begitu teruja untuk bersama dengan pasukan ini dan tidak sabar untuk beraksi dengan jaguh simulator dunia. Kami akan melakukan yang terbaik dan memberi saingan sengit kepada para pelumba dan menyasarkan untuk meraih kedudukan tiga terbaik pada perlumbaan ini,” kata Naquib.

Naquib akan memandu jentera bernombor 21 bersama-sama Josh Purwien (Australia) dan Mu-hammad Aleef (Singapura) untuk kategori kelas LMP (Le Mans Prototype) sementara Alister Yoong (Malaysia), Mikko Nassi (Singapura) dan Inigo Anton pula akan beraksi bagi kelas GTE (Grand Touring Endurance) menggunakan jentera bernombor 61.

Empat pusingan pertama perlumbaan akan berlangsung pada September hingga Disember secara maya manakala perlumbaan maya Le Mans 24 jam menjadi aksi kemuncak bagi saingan ini.

Pusingan akhir akan dilangsungkan semasa Karnival Antarabangsa Permotoran 2022 di Birmingham ada 15 dan 16 Januari ini.


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: