Antarabangsa

Aveiro dedah Cristianinho ‘lebih baik’ berbanding Ronaldo pada usia 11 tahun


Aveiro bersama cucunya, Cristiano Ronaldo Jr.

DOLORES Aveiro mendedahkan bahawa Cristiano Ronaldo Jr lebih baik daripada bapanya ketika usia 11 tahun.

Ibu kepada pemain sensasi Manchester United, Cristiano Ronaldo itu percaya bahawa seorang lagi bintang bola sepak akan muncul.

Aveiro menaruh harapan tinggi terhadap Cristiano ‘Cristianinho’ Ronaldo Jr untuk melihat cucunya itu memiliki pencapaian yang sama dengan Ronaldo dan berharap akan beraksi untuk Sporting Lisbon pada masa depan.

Dengan merakam 678 gol, lima kali gelaran Ballon d’Or dan pelbagai trofi kejuaraan bersama kelab dan peringkat antarabangsa, Ronaldo telah mencapai dan memiliki segalanya dalam bola sepak sekaligus dianggap antara pemain bola sepak paling hebat.

Ronaldo bersama lima trofi Ballon d’Or miliknya.

Dengan pencapaian tersebut, Aveiro berharap cucunya akan mengikut langkah Ronaldo dan dapat memenuhi impian untuk melihat ahli keluarga mewakil Sporting sekali lagi dalam hidupnya.

“Ronaldo perlu kembali ke sini (Sporting), untuk saya. Dia suka menonton perlawanan Sporting. Saya ada memberitahunya, “Anakku, sebelum saya meninggal dunia, saya mahu kamu kembali ke Sporting“.

Ronaldo bersama dua trofi miliknya ketika usia remaja.

 

“Dia hanya jawab, ‘mari kita lihat‘. Tetapi sekiranya bukan dia, pastinya Cristianinho! Pada usianya sekarang (11 tahun), dia bermain lebih baik berbanding Ronaldo. Pada masa itu, Ronaldo tidak mempunyai jurulatih, tetapi hari ini Ronaldo adalah ‘guru’ kepada anaknya,” kongsi Aveiro kepada ADN Leao.

Ronaldo dan anaknya sentiasa bermain bola bersama.

Cristianinho merupakan anak sulung Ronaldo dan kini menjalani latihan bersama di Manchester United selepas dua tahun menyertai Akademi Juventus.

Ketika di Turin, Cristiano Ronaldo Jr telah menunjukkan prestasi yang mengagumkan bersama pasukan bawah 9 tahun dengan menjaringkan 56 gol dalam 35 perlawanan, manakala 26 kali sebagai pembantu gol tahun lalu.

 


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: