Bola Sepak

‘Order’ 20 helai baju ‘juara 8 kali’ JDT, dua hilang dari radar… kita tunggu jawapan Pos Laju


SUDAH menjadi rutin bagi CAKAP SUKAN untuk membeli setiap jersi atau baju-T pasukan Liga Malaysia musim ini sebagai tanda sokongan untuk semua pasukan bola sepak kita.

Terbaharu, kami tidak melepaskan peluang untuk membeli baju-T keluaran khas pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) sempena merangkul juara Liga Super buat kali ke-8 berturut-turut dan telah membuat tempahan sebanyak 20 helai pada  13 September lalu.

Dengan penuh teruja, hari ini bungkusan tempahan baju tersebut tiba di tangan kami.

Namun perasaan teruja itu hilang selepas melihat kotak bungkusan tempahan telah dikoyak di bahagian tepi, sekaligus terus merobek hati kami.

Apa yang diduga memang berlaku, hanya ada 18 helai sahaja jumlah baju yang ada dalam bungkusan tersebut.

Kotak yang diterima sudah dikoyak di bahagian tepi. Dan dua helai baju ‘hilang’.

Mana lagi  dua helai? Bagi menjawab soalan ini, kami akan ajukan kepada pihak penghantaran, Pos Laju.

Apa yang pasti, baju ‘limited edition’ JDT ini turut menarik minat si penghantarnya…


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Discover more from

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading