
BEKAS jurulatih pasukan negara, Ken Worden meninggal dunia pada usia 78 tahun pada Isnin.
Worden dilaporkan meninggal dunia di negaranya, Australia.
Mendiang dianggap antara jurulatih asing yang berjaya mengukir namanya di hati seluruh peminat bola sepak tanah air pada tahun 1990-an.
Worden tiba di Malaysia pada tahun 1991 membimbing pasukan Selangor sebelum dilantik sebagai ketua jurulatih negara pada tahun 1992-1993.
Pada tahun 1996 mendiang sekali lagi memegang pasukan Selangor yang menyaksikan tempoh kegemilangan pasukan Merah Kuning memenangi Piala Perisai Komuniti FA dan Piala Malaysia.

Selain itu, Worden juga pernah membimbing pasukan Sabah (1999) dan Terengganu FA pada tahun 2009.
Pada tahun 2016, Worden dilantik sebagai Pengarah Teknikal Perak FA.
We all started our journey somewhere. Looking back, so many experiences comes back to my memory by my life’s journey in football & the moments and emotions it invokes. It is indeed something to be cherished.#coaching #flashback #sayarajagobal pic.twitter.com/vn23qJJNT1
— K.Rajagobal (RG) (@RajagobalRg) February 21, 2021
Sementara itu, berita kematiannya ini juga turut dikongsi bekas jurulatih Harimau Malaya Datuk k. Rajagobal di laman Twitternya.
Rajagobal pernah bekerja bersama Worden ketika bersama pasukan Selangor dan skuad negara.






Add Comment