Komentar

Serap semangat tema ‘Malaysia Prihatin’

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Pandemik Covid-19 telah mengubah norma baharu kepada seluruh lapisan masyarakat termasuklah peminat-peminat bola sepak tanah air.

 

Oleh: MOHD FARIQ

SELAMAT menyambut ulangtahun Hari Malaysia kepada seluruh rakyat di dalam negara kita cintai ini.

Bersempena tema Hari Malaysia sama seperti tahun lalu iaitu ‘Malaysia Prihatin’, penulis ingin mengambil peluang ini untuk menzahirkan rasa cinta terhadap negara sama seperti individu-individu lain.

Tidak dapat dinafikan bahawa kita semua sedang bergelut ketika berdepan pandemik Covid-19. Disebabkan virus ini, ada orang kehilangan keluarga tersayang, ada orang kehilangan punca pendapatan dan ada orang yang terasa perhubungan semakin jauh tetapi penulis mendoakan supaya situasi kita hadapi semua ini akan berakhir dengan satu sinar baharu.

Umum mengetahui bahawa pihak kerajaan telah banyak membuka sektor kepada masyarakat selepas kebanyakan perniagaan tidak dibenarkan beroperasi dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sebelum ini.

 

Syaratnya senang, kemudahan ini diberikan kepada mana-mana individu yang telah lengkap divaksinasi iaitu dua suntikan dos.

Sudah pasti orang ramai mula sibuk bersukan seperti mahu bermain badminton, bola sepak, joging dan lain-lain lagi aktiviti sukan selaras tuntutan standard operasi prosedur (SOP) yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Bagaimanapun penulis sedih kerana ada segelintir dalam kalangan kita tampak mengambil mudah dalam isu ini.

Ini kerana penulis sempat baca ciapan Twitter milik Shazwan Wong yang mendedahkan ada golongan belum lengkap divaknasi turut mengambil kesempatan untuk ‘turun padang’ bermain bola.

Pertama, penulis agak kesal terhadap segelintir pihak yang tidak bertanggungjawab dengan cuba memberikan impak buruk kepada pengusaha sukan komersial ini.

Kita patut tahu pengusaha sukan komersial telah banyak menderita disebabkan mereka tidak dibenarkan operasi sepanjang tempoh PKP dan kali ini mereka dilihat kembali bernyawa selepas pihak kerajaan membenarkan mereka berbuat demikian.

Mana sikap tanggungjawab mereka? Tidakkah mereka fikir dengan perbuatan itu bukan sahaja menjejaskan operasi pengusaha sukan komersial sebalik memberikan kesan kepada semua sukan-sukan lain sekali gus membuatkan sektor pengusaha sukan komersial berdepan risiko kembali ditutup.

Nasihat penulis kepada yang masih belum lengkap vaksinasi, bersabarlah dan peluang untuk kamu bersosial di dalam aktiviti sukan akan tiba.

Jangan pentingkan diri sendiri sehingga menyebabkan orang lain menanggung akibat disebabkan kecuaian dan kelalaian kamu dalam amanah terhadap tuntuan SOP pihak kerajaan.

Kata orang, tak lari gunung dikejar.

Jadi rakyat yang bijak dan sensitif. Selaras dengan tema Hari Malaysia, penulis berharap agar golongan-golongan ini lebih prihatin bukan sahaja melibatkan keperluan diri sendiri sebaliknya kesejahteraan semua pihak perlu diambil kira.

Akhir kata daripada penulis, ‘Covid-19 not change the people but Covid-19 reveal the people’.

Prihatinlah wahai rakyat Malaysia!


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: