Bola Sepak

Piala Malaysia: Nafuzi optimis suku akhir sebagai sasaran awal

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Terengganu FC berada dalam Kumpulan B aksi Piala Malaysia.

 

RATA-RATA pasukan yang bakal berentap di TM Piala Malaysia 2021 sudah mula mencongak peluang masing-masing selepas mengetahui pencabar di peringkat kumpulan dan bersedia berikan segalanya dalam usaha memburu kejuaraan.

Bagi ketua jurulatih Terengganu FC, Nafuzi Zain, dia meletakkan suku akhir sebagai sasaran awal dalam saingan TM Piala Malaysia sambil mengesahkan kapten pasukan, Carli De Murga akan kembali beraksi selepas diketepikan dari empat perlawanan terakhir Liga Super ekoran kecederaan sekaligus memberi kesan kepada prestasi pasukan.

Namun, Nafuzi percaya dengan kehadiran semula De Murga dapat memberi kekuatan yang berbeza kepada pasukan apatah lagi Terengganu dijangka berdepan laluan sukar apabila diundi dalam kumpulan B bersama-sama Selangor FC, Perak FC dan satu lagi pasukan Liga Premier.

Justeru, dia mahu pasukan fokus untuk melepasi ke peringkat suku akhir terlebih dahulu sebelum cuba membawa pasukan ke final selepas kali terakhir beraksi di pentas final adalah pada tahun 2018.

Nafuzi mahu pemain-pemainnya melepasi hingga suku akhir terlebih dahulu.

“Saya boleh katakan laluan yang bukan mudah untuk Terengganu kalau nak dibandingkan dengan kumpulan yang lain kerana Selangor juga kuat dan Perak juga kita tidak boleh pandang rendah.

“Tetapi untuk saya, kita akan cuba melepasi hingga suku akhir dahulu, kerana selaku ketua jurulatih, saya sendiri belum pernah merasa sehingga ke pentas final.

“Tahun 2018, kami naib juara dan waktu itu saya sebagai penolong jurulatih kepada Irfan Bakti dan mesti la untuk musim ini, saya nak cuba sehingga ke tahap yang terbaik.

“Sementara itu, De Murga dah kembali ke padang berlatih dan saya tengok keadaan dia juga semakin baik, jadi saya rasa tiada masalah untuk dia beraksi nanti ”, katanya.


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: