Bola Sepak

‘Sampai bila nak pakai cow grass’ – TMJ

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Tunku Ismail (kanan) berkongsi pandangan pada program Bola@Mamak, semalam.

Oleh : SUBKHI SUDARJI

‘SAMPAI bila nak pakai cow grass’ itulah persoalan ringkas tetapi penuh makna yang dilontarkan pemilik Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim berhubung kualiti padang bola sepak di negara ini.

Tunku Ismail turut mengakui kualiti padang di negara ini sudah jauh ketinggalan berbanding negara jiran seperti Thailand, Filipina, Myanmar dan Singapura memandangkan rumput jenis ‘cowgrass’ masih digunakan di sini.

“Dua padang (yang baik) adalah di JDT dan Terengganu FC (TFC). TFC ambil inisiatif yang tepat dan bagus untuk ubah padang mereka Tak guna ada fasiliti tetapi padang masih ‘old school’. Pemikiran itu perlu ditukar.

“Jangan buat fasiliti kerana nak tunjukkan apa JDT ada, kita kena ada. Padang adalah keutamaan dan benda pertama kena tukar adalah padang. Sampai bila kita nak pakai ‘cowgrass’. Jangan malukan kita kerana negara jiran pun dah berubah.

“Saya harap Negeri Sembilan, Kedah, Melaka, Sabah, Sarawak, Selangor dan semua ada padang seperti ini. Padang seperti ini akan naikkan mutu permainan kita apabila kita bertanding. Tahap pasukan akan meningkat kalau pasukan ada padang yang bagus.

“Kita main ‘cowgrass’ sepanjang tahun tetapi apabila skuad kebangsaan beraksi di luar, kita jadi kekok. Padang adalah pelaburan jangka masa panjang,” katanya pada program Bola@Mamak.


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: