Bola Sepak

NSFC kesal keputusan rayuan MFL… mungkin bawa ke FAM

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Tunku Syed Razman (tengah) bersama Menteri Besar Datuk Seri Aminuddin Harun serta Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Dr Razali Ab Malek (kanan) pada sidang media semalam ( Selasa).

 

Oleh: SURYATI MOHD NOR

PENGERUSI Negeri Sembilan FC (NFC), YTM KOL (K) Kehormat Tunku Syed Razman Tunku Syed Idrus Al-Qadri, Tunku Besar Tampin mengakui kesal dengan keputusan rayuan yang dibuat Liga Bolasepak Malaysia (MFL).

Pada Selasa, NSFC telah menerima keputusan rayuan daripada Ahli Lembaga Pengarah MFL pada 14 September 2021 (Selasa) selepas menghantar surat rayuan pada 9 September lalu.

“Kita agak kesal dengan keputusan yang diambul oleh MFL walaupun itu keputusan muktamat.

“Kita tetap tidak berpuas hati apa yang disampaikan memandang bahawa pasukan yang dikenakan penalti adalah setimpal, kemudian pengadil-pengadil juga telah dikenakan tindakan. Tetapi pasukan yang membuat aduan seterusnya rayuan tidak ada apa-apa keputusan yang menyebelahi kita.

“Saya ada berbincang ketika di mesyuart exco petang Selasa , dan ‘we got nothing to lose’, maksudnya kita kekal dengn kepercayaan kita yang mana sepatutnya dapat keputusan yang setimpal. Mungkin akan bawa ke Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM),” jelasnya ketika Majlis Meraikan Kejayaan Pasukan Negeri Sembilan FC Layak Ke Liga Super 2022, di Seremban pada Selasa malam.

Keputusan rayuan Negeri Sembilan FC ditolak MFL kerana peraturan Kod Tatatertib Fifa yang dirujuk oleh Negeri Sembilan FC adalah di luar bidang kuasa MFL.

Sebagai kronologi, isu tersebut timbul berikutan kesalahan pertukaran pemain yang dilakukan ketika aksi Kelantan FC bertemu Negeri Sembilan FC pada 27 Ogos lalu yang berlangsung di Stadium Sultan Mohammad IV.

Insiden tersebut menyaksikan tuan rumah telah membuat pertukaran pemain seramai lima orang dengan membuat empat kali sesi pertukaran bukan seharusnya hanya tiga sesi pertukaran yang dibenarkan seperti tertera dalam perlembagaan MFL ia memberi impak dan mempengaruhi keputusan perlawanan.

Susulan itu, Negeri Sembilan FC telah melakukan bantahan pada 30 Ogos kepada Liga Bolasepak Malaysia (MFL) dan menerima keputusan bantahan pada 4 September.

Keputusan bantahan tersebut menyaksikan Kelantan FC dikenakan denda sebanyak RM30,000 dan amaran keras tindakan sewajarnya turut diambil oleh pihak MFL terhadap Komisioner Perlawanan dan Pegawai-Pegawai perlawanan.

Tidak berpuas hati dengan keputusan bantahan itu Negeri Sembilan FC telah menghantar surat rayuan pada 9 September lalu dan menerima keputusan rayuan pada 14 September.


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: