
Oleh: SURYATI MOHD NOR
ENAM perlawanan terakhir hanya satu mata dikutip Sri Pahang FC yang menyaksikn pengendalinya, Dollah Salleh terus ‘pening kepala’.
Apa tidaknya, aksi terbaharu semalam (Ahad), skuad Tok Gajah itu sekali lagi tewas kepada pasukan paling ‘bongsu’ dan tercorot dalam Liga Super UiTM FC dengan keputusan 0-1.
Walaubagaimanapun, Dollah tetap dengan skrip sama, berpuas hati dengan persembahan pemain yang selalu didengari selepas perlawanan.
“Dua perlawanan terakhir dari segi perlawanan saya agak berpuas hati tapi sungguh mengecewakan dari segi jaringan.
“Malam ni benda sama berlaku, khasnya di bahagian serangan yang banyak persiakan peluang jaringkan gol.
“Saya tak berapa risau di bahagian pertahanan, Sri Pahang banyak kuasai bola dan ciptakan peluang gol dalam dua perlawanan terakhir ini… namun gagal jaringkan gol.
“Kita hilang gol dan tak tahu lagi caranya, peluang terhilang pun tak dapat jaringkan gol,” ulasnya selepas perlawanan.
📹 HIGHLIGHTS: @uitmfclions 1-0 @OfficialPahang
Sepakan penalti Kwon Yong-hyun pada babak pertama memisahkan UiTM FC dan Sri Pahang FC.#LigaSuper2021 pic.twitter.com/LcHJFMSHmb
— Malaysian Football League (@MFL_MY) September 13, 2021
Dalam pada itu, Dollah memberitahu dia sudah berpesan kepada pemain-pemainnya sebelum perlawanan.
“Kita bermain dengan baik, cuma tak ada jaringan itu yang saya khuatirkan. Saya ada cakap dengan pemain sebelum perlawanan, kalau boleh dapatkan kemenangan supaya jadi bekalan untuk misi Piala Malaysia selepas ini… namun masih juga berlaku (kalah),” tambahnya.
Secara keseluruhan Sri Pahang musim ini antara pasukan yang paling tidak konsisten menamatkan saingan liga di tempat ke-10, mengumpul 18 mata dan hanya empat kemenangan, 12 kalah dan enam seri.





Add Comment