
IKON tenis Serbia Novak Djokovic beremosi selepas tewas kepada Daniil Medvedev pada aksi final Terbuka Amerika Syarikat awal pagi Ahad.
Pemain Serbia berusia 34 tahun itu kelihatan menitis air mata ketika sesi penyampaian trofi kejuaraan.
Djkovic tewas 6-4 6-4 6-4 dalam tempoh dua jam 16 minit yang menyaksikan dia memukul raketnya sebaik sahaja perlawanan berakhir.
“Walaupun saya tidak memenangi perlawanan ini, perasaan saya penuh dengan terharu kerana anda semua membuatkan saya sangat istimewa ketika berada di gelanggang. Saya tidak pernah rasakan ini di New York.

“Tahniah kepada Danii, perlawanan yang menakjubkan dan anda layak merangkul gelaran Grand Slam ini,” ujar Djokovic.
Manakala Medvedev dari Rusia memberi respons kepada Djokovic: “Anda adalah pemain hebat dalam sejarah.”
Add Comment