Bola Sepak

Malam gemilang Johor Darul Ta’zim

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Oleh: JJFIRDAUS

PARA penyokong Johor Darul Ta’zim (JDT) berpesta menyambut kejuaraan kelapan Liga Super Malaysia berturut-turut dengan sambutan meriah di perkarangan Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri.

Apa yang membanggakan, walaupun dalam keadaan berpesta, kesemua penyokong yang hadir menunjukkan sikap disiplin yang tinggi apabila mematuhi segala arahan SOP yang telah dikeluarkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Menunggu seawal jam 6 petang, aturan yang teratur dengan bantuan marshall stadium melancarkan pergerakan masuk penyokong dan segala kawalan keselamatan seperti memeriksa status vaksinasi di aplikasi MySejahtera dilakukan dengan cekap.

Penyokong dihiburkan dengan persembahan video sementara menunggu perlawanan terakhir liga menentang Kuala Lumpur City FC yang menyaksikan JDT menang 2-1.

Selepas itu, suasana menjadi hangat apabila para penyokong dapat melihat sendiri medal kemenangan dikalungkan kepada para pemain dan trofi Liga Super dijulang oleh kapten pasukan, Farizal Marlias.

Kemudian, para pemain berarak di atas bas mengelilingi stadium ke arah kawasan parkir kenderaan dan berkongsi rasa gembira bersama-sama penyokong dan menunjukkan trofi yang dimenangi.

Ketika malam semakin hangat, ucapan dari pemilik Tunku Ismail Sultan Ibrahim menyemarakkan lagi rasa bangga penyokong JDT yang sentiasa berada di belakang pasukan menepati konsep ‘JDT Family’ yang diterapkan Tunku Ismail.

Upacara penutup digamatkan lagi dengan persembahan Augmented Reality, persembahan laser dan diakhiri dengan pertunjukan bunga api yang hebat. Langit Iskandar Puteri terang benderang diterangi oleh percikan bunga api yang memukau.

Menerusi malam gemilang ini, JDT membuktikan bahawa acara keramaian boleh dianjurkan dikala pandemik ini tetapi dengan pematuhan SOP yang sangat ketat dan kerjasama dari semua pihak yang terlibat. Tahniah penyokong JDT.


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
Tags

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: