
KETUA Jurulatih Penang FC Tomas Trucha mengakui satu pencapaian yang baik selepas menamatkan saingan Liga Super di kedudukan ketiga teratas.
Jelasnya, dia sangat gembira dan mendedikasi kejayaan ini kepada semua penyokong dan pihak media yang mengikuti perkembangan pasukan sepanjang musim ini.
Namun bagi Trucha, dia tidak mahu pencapaian baik ini melekakan semua pemain dan perlu sentiasa bersikap merendah diri.
📹 HIGHLIGHTS: @fa_penang 2-2 @FCTerengganu
Kapten TFC, Argzim Redzovic membuka tirai jaringan sebelum Penang membalas menerusi Sheriddin Boboev dan Casagrande.
Lee Tuck menyamakan kedudukan buat Terengganu pada minit ke-80.#LigaSuper2021 pic.twitter.com/AdKB1QYNpA
— Malaysian Football League (@MFL_MY) September 13, 2021
“Saya masih percaya ada lagi beberapa perkara yang perlu diperbaiki. Semua pemain perlu terus bekerja keras dalam latihan akan datang untuk merebut peluang di Piala Malaysia.
“Saya telah menetapkan perlawanan persahabatan buat pasukan pada minggu ini dan minggu depan sebagai satu daripada persediaan mereka menghadapi saingan dalam Piala Malaysia,” jelasnya selepas mencatat keputusan seri 2-2 ke atas Terengganu FC.
Penang FC berjaya menamatkan saingan di kedudukan ketiga liga selepas mengutip 41 mata dengan 12 kemenangan, lima seri dan lima tewas.
Add Comment